Di dalam dunia ini, kebaikan adalah satu hal yang perlu disebar luas. Ia adalah perbuatan yang menjadi pengikat kemanusiaan dalam dunia yang serba cedera ini. Tidak kira agama, bangsa dan kaum mana, semua manusia layak diberi kasih sayang yang sepatutnya untuk mewujudkan dunia yang aman damai.
Seperti satu perkongsian di TikTok baru-baru ini, tular video tentang sebuah keluarga yang mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen. Ia apabila keluarga tersebut meraikan hari kelahiran seorang pekerja kedai Mamak.
Respon pekerja itu membuat sesiapa yang melihatnya terharu kerana keikhlasan yang dicurahkan oleh keluarga tersebut selama mengenalinya dan menjadi pelanggan tetap di kedai Mamak berkenaan.
Dia yang bernama Sankar dihadiahkan sebiji kek hari lahir dan dalam masa yang sama, mereka menyanyikan lagu hari jadi bersama-sama dalam meraikan hari kelahiran Sankar.
Menurut pemilik video, Sankar akan kembali ke tanah airnya tidak lama lagi. Jadi, pemberian itu dianggap sebagai hadiah perpisahan keluarga tersebut dengan Sankar.
“Favorite waiter kami, Sankar akan kembali ke kampung halamannya nanti. Happy belated birthday, Sankar,” tulis pemilik video bernama Amelia.
@nasikerabu77 Pardon my sister’s aggresive clapping while recording but our fav waiter at our fav mamak is going back to his hometown soon 🥹 happy belated bday sankar 🫶🏼
@nasikerabu77Pardon my sister’s aggresive clapping while recording but our fav waiter at our fav mamak is going back to his hometown soon 🥹 happy belated bday sankar 🫶🏼♬ Married Life (From “Up”) – Sergy el Som
Melihat kepada ruangan komen netizen, ramai yang melahirkan rasa sebak dan terharu serta bangga dengan keluarga tersebut kerana mereka melebarkan sayap kebaikan kepada orang sekeliling.
“Sankar yang dapat kek tu senyum je, yang mata aku pulak berhujan ni apahal,” kata seorang netizen memberi komen kepada video keluarga sambut hari jadi pekerja kedai Mamak.
“Tak pasti dia Sankar ke saya Sankar. Sebab saya yang bergenang air mata,” komen netizen bernama Sya tentang kisah keluarga sambut hari jadi pekerja kedai Mamak berkenaan.
“Ya Allah baiknya family ni membahagikan orang lain. Semoga rezeki mereka mengalir seperti air sungai yang tak pernah berhenti mengalir. Amin,” ujar netizen lain.
Min pun sebak tengok video ni. Boleh nampak dari riak wajah Sankar, dia begitu terharu dan bahagia dengen pemberian dan layanan keluarga terbabit kepadanya. Semoga kebaikan keluarga ini menjadi contoh kepada kita semua agar terus menyebarkan kebaikan tidak kira siapa sahaja. Dunia pasti jadi aman.
Sumber: Amelia
Baca juga: “Bergenang Air Mata..”, Nampak Satu Tulisan Dekat Bag Grab Food Anak, Bapa Ini Luah Rasa Sebak