Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Umur 14 Tahun Dah Cuci Pinggan Di Kedai”, Pengusaha Kieda Crepe Kongsi Kisah Mula Bangkit Sampai Berjaya, Belajar Berniaga Dari Keluarga Mentua

“Umur 14 Tahun Dah Cuci Pinggan Di Kedai”, Pengusaha Kieda Crepe Kongsi Kisah Mula Bangkit Sampai Berjaya, Belajar Berniaga Dari Keluarga Mentua

Kategori:
v=pengusaha Kieda Crepe

Bagi penggemar pencuci mulut yang beraneka macam, pasti korang mengenali pengusaha Kieda Crepe yang bernama Siti Nur Khalieda Yusra. Pengusaha muda yang berusia 25 tahun itu selalu mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi tentang kehidupan dan aktiviti sehariannya menjual dessert di kedai. Perkongsian itu selalunya dikongsikan melalui video di laman TikToknya.

“Umur 14 Tahun Dah Cuci Pinggan Di Kedai”, Pengusaha Kieda Crepe Kongsi Kisah Mula Bangkit Sampai Berjaya, Belajar Berniaga Dari Keluarga Mentua

Dalam perkongsiannya di APHD Story, dia bercerita pada mulanya dia hanya menjalankan perniagaannya di rumah sehingga terpaksa mengorbankan ruang rumahnya dan akhrinya tinggal 1 ruang bilik sahaja.

“Saya umur 14 tahun saya dah start cuci pinggan dekat kedai. Saya lahir daripada keluarga susah. Lepastu ayah saya tak berapa sihat. Ibu saya yang bela kami lima orang adik beradik.

“Bila kita hidup dalam keadaan keluarga macam tu, kita akan rasa kita nak usaha sampai kita berjaya. Sampai kita ada dekat mana kita sekarang. Sebab tak ada siapa yang bantu kita. So bila kata saya sendiri lalui fasa kesusahan tu sampai pergi sekolah pun pakai baju sehelai sahaja dan pakai ulang-ulang seminggu. Memang tak ada duit.

“Duit sekolah pun kadang-kadang tak mampu bagi. Sampailah saya kata tak apalah, saya balik sekolah saya buat kerja part time,” cerita Kieda mengimbau kembali zaman di mana dia berusaha untuk berjaya seperti sekarang.

Lahir Dari Keluarga Susah, Kumpul Motivasi Untuk Bangkit

Menurutnya, pada saat itulah dia mengumpulkan semangat dan keberanian untuk berjalan di atas kaki sendiri dan berdikari kerana tiada siapa akan menolongnya.

“Sampailah tingkatan 4, saya pergi part time hotel. Gaji saya satu jam RM5. Lepastu start saya kenal suami saya, dan sampai situlah saya kenal family dia nak tolong family dia niaga nangka. Tolonglah sebab nak ambil hati dan menikah dengan anak dia,” ujarnya sambil berseloroh.

Pernah Part Time Cuci Pinggan Dan Uruskan Event Hotel Sejak Sekolah

Katanya lagi, dia pandai berniaga sehingga sekarang disebabkan titik mulanya yang membantu perniagaan buah-buahan mentuanya. Segala pengetahuan dan pengalaman yang diajar dan ditimba digunakan sekarang sehingga dia berjaya.

Sekarang, jika sebut sahaja Kieda Crepe, pasti netizen akan menggambarkan orang ramai yang beratur di kedainya untuk memberli dessert di sana. Tidak kira dari negeri mana, mereka sanggup berpanas hujan untuk mendapatkan dan membeli barangan di sana.

“Yang paling tak sangka, ada pelanggan saya yang buta penglihatan dan cacat fizikal seperti tiada kaki. Ada yang warga emas cecah umur 87 tahun. Saya terharu mereka sanggup beratur dan saya membantu memudahkan urusan mereka,” luah pengusaha Kieda Crepe ini.

Kedai Dikerumuni Pelanggan, Sehingga Sanggup Beratur Panjang

pengusaha Kieda Crepe

https://www.tiktok.com/@aphd.story/video/7191844862566632730?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@aphd.story Umur 14 Tahun Dah Kerja Cuci Pinggan Di Kedai – Kieda Crepe #fypjela #fyptak #fyp #fypシ #fypシ #aphdstory #kiedacrepe ♬ 我的妈呀 – 3P

Sesiapa yang ingin menonton video wawancara penuhnya bersama APHD Story, boleh klik di sini.

Semoga segala titik perihnya sentiasa membuahkan hasil dan akan membantu peniaga-peniaga kecilan yang ingin berjaya sepertinya.

Sumber: APHD Story

Baca juga: Kisah Di Sebalik Penyanyi Terkenal Sudirman, Pernah Keluarkan Minuman Sendiri Sehingga Raih Hasil Lumayan. Pada Akhirnya, Ia Tinggal Misteri..

tags: | |