Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Selalu Bagi Nasi Lemak, Tapi Kali Ni..”, Peniaga Nasi Lemak Hadiahkan Basikal Kepada Pakcik Cina, Kongsi Kisah Sebak Di Sebaliknya..

“Selalu Bagi Nasi Lemak, Tapi Kali Ni..”, Peniaga Nasi Lemak Hadiahkan Basikal Kepada Pakcik Cina, Kongsi Kisah Sebak Di Sebaliknya..

Kategori:
hadiahkan basikal

Dalam berniaga, pelbagai pengalaman akan dihadapi dan ditempuhi tidak kira hal yang melibatkan perkara berhadapan dengan pelanggan atau sekitar lainnya.

Seperti video yang dikongsikan oleh seorang peniaga nasi lemak di Georgetown Penang, pengalaman mendapat seorang pelanggan yang sentiasa berkunjung ke kedai makannya menyentuh hati sesiapa yang melihat video tersebut. Pelanggan tersebut mesra disapa dengan panggilan Uncle.

“Selalu Bagi Nasi Lemak, Tapi Kali Ni..”, Peniaga Nasi Lemak Hadiahkan Basikal Kepada Pakcik Cina, Kongsi Kisah Sebak Di Sebaliknya..

hadiahkan basikal

 

Menurutnya, Pakcik Cina terbabit selalu memesan nasi putih serta lauk ayam untuk isterinya di rumah. Dia selalu menawarkan hidangan secara percuma kepada uncle berkenaan, tetapi selalu ditolak.

“Uncle ni customer regular saya since saya meniaga tanpa kedai lagi. Selalu ambil lauk ayam untuk bini dia. Saya selalu nak bagi free dia tak mahu. Dia nak bayar juga. Saya suka gurau tengok dia gelak. Thank you uncle selalu mari beli,” katanya dalam keterangan hantaran video bantu Pakcik Cina berkenaan.

Menerusi video terbabit, kelihatan peniaga tersebut sudah mesra melayan Uncle Cina itu. Dia tidak kekok untuk bergurau bagi menceriakan hari-hari mereka.

“Last-last cakap dekat uncle, ikut uncle lah bayar berapa. Nak bagi free dia tak mahu. Uncle ni macam ayah saya. Saya pun yatim piatu takda ayah,” kata peniaga itu lagi.

Melihat kepada perkongsian video-videonya di laman TikTok, sememangnya dia agak akrab dengan Pakcik Cina tersebut.

Terbaharu, usahanya untuk membeli basikal kepada uncle tersebut tercapai. Dengan sumbangan orang ramai dan pertolongannya, uncle dapat memiliki basikal yang lebih elok untuknya bagi mencari rezeki.

hadiahkan basikal

Beli Basikal Baru Untuk Uncle Hasil Sumbangan Rakan Di TikTok

hadiahkan basikal

“Terima kasih penderma yang berhati mulia. Terima kasih Bigboss DFZ bagi diskaun, terima kasih Abang Man dan Kak Nor yang uruskan pembelian.

“Anda bukan sahaja buat uncle tersenyum, malahh uncle terkejut tergamam. Uncle ulang banyak kali nak bagi duit. Uncle tak percaya, uncle tersangat happy hari ini.

“Dia ingat saya nak bagi nasi lemak bila buka bonet dapat hadiah basikal. Uncle sangat happy. Saya tak pernah lihat uncle happy macam ni” luahnya dalam hantaran video tentang kisah hadiahkan basikal kepada Uncle.

hadiahkan basikalhadiahkan basikal

@ciksuegebu

Replying to @fatinelle @Yasmin Redzuan @NMA @babybb88 @Norazlin @Dee @🌺MaMa YaNa🌺 @hez @tlv @Adik Halia @MatchaLatte🍵 @Eliadina Sousa @Rodziah @HRJ’S @RP• VORTEX N XIRTEX 🇮🇩×🇰🇷 @TSYA (@dfmotorwerkz @Basikal Penang Terima Kasih semua yang menderma , anda bukan sahaja buat uncle tersenyum malah uncle terkejut tergamam . Uncle ulang banyak kali nak bagi duit , Uncle tak percaya , Uncle tersangat happy harini.. dia ingatkan saya nak bagi dia nasi lemak bila buka bonet dapat hadiah basikal uncle sangat happy ❤️ saya doakan semua yang dermakan untuk uncle , dimurahkan rezeki. bukan saya yang baik , tapi anda lah yang bantu saya melihat kesusahan & keperluan uncle yang sebenar . sepanjang saya kenal uncle , saya tak pernah nampak uncle sangat happy macam ni .. Terima kasih semua .❤️ Minta maaf kepada yang saya tak dapat tag sebab saya cari id tak jumpa jumpa

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

@ciksuegebu Replying to @fatinelle @Yasmin Redzuan @NMA @babybb88 @Norazlin @Dee @🌺MaMa YaNa🌺 @hez @tlv @Adik Halia @MatchaLatte🍵 @Eliadina Sousa @Rodziah @HRJ’S @RP• VORTEX N XIRTEX 🇮🇩×🇰🇷 @TSYA (@dfmotorwerkz @Basikal Penang ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Melihat ruangan komen netizen, ramai yang terharu dan sebak melihat tindakan baik yang dilakukan oleh peniaga nasi lemak tersebut. Walaupun berbeza agama, bangsa serta kepercayaan, tetapi kemanusiaan yang diberikan melebih segalanya.

“Kadang-kadang kita pun bingung ada orang sanggup tolong walaupun beliau bangsa lain. Terima kasih kepada orang yang bantu dia. Terbaik!” komen netizen bernama Goh Nee.

Kita Mungkin Bukan Satu Iman, Tapi Kita Satu Kemanusiaan

hadiahkan basikal

Semoga Uncle sentiasa sihat dan semoga orang-orang yang menolong golongan susah ditinggikan darjatnya dan dimurahkan rezekinya, sampai bila-bila.

Sumber: CikSue

Baca juga: Viral Lelaki Jual Pisang Goreng Layan Pelanggan Dengan Lembut, Ramai Yang Tertarik & Suka Tengok Cara Dia Layan Pelanggan

tags: | |