Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Makanan Ketagih Zaman Dulu, Ini Dia Resipi Ikan Sepat Tumis Cili Kering, Cara Masak Macam Sambal Ikan Kering

Makanan Ketagih Zaman Dulu, Ini Dia Resipi Ikan Sepat Tumis Cili Kering, Cara Masak Macam Sambal Ikan Kering

Kategori: ,
ikan sepat tumis cili kering

Antara makanan yang buat kita ketagih adalah ikan sepat yang dimasak dengan cara goreng. Goreng bersama bawang dan cili sememangnya meningkatkan selera makan.  Jadi buat kali ini, kami mahu kongsikan resepi ikan sepat tumis cili kering. Ia menu dulu-dulu yang sedap dan menggamit memori juadah di kampung.

Makanan Ketagih Zaman Dulu, Ini Dia Resepi Ikan Sepat Tumis Cili Kering, Cara Masak Macam Sambal Ikan Kering

ikan sepat tumis cili kering

Bahan-Bahan:

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili kering
  • 3 ekor ikan kering sepat
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Hiris bulat bawang besar.
  2. Hiris halus bawang putih.
  3. Potong-potong cili kering dan buang bijinya.
  4. Ikan kering sepat dibasuh dan dipotong-potong.
  5. Panaskan minyak masak. Goreng ikan kering sepat.
  6. Goreng lagi sehingga semerbak bauknya.
  7. Angkat dan sedia dihidang.

ikan sepat tumis cili kering ikan sepat tumis cili kering

Sudah siap ikan sepat tumis cili kering kita. Dengan cara masak begini, ikan kering sepat menjadi bagaikan sambal ikan kering. Korang bukan sahaja dapat menikmati ikan kering sepat itu. Tetapi turut dapat makan bbawang dan cili keriing yang ditumis. Jadi lebih sedap.

Tips: Cili kering boleh juga diganti dengan cili padi.

Sumber: Maryam Elyas

Baca juga: Beza Masak Sambal Bilis, Sotong, Udang! Ini Tips Penyediaan Dan Petua Tepat!

tags: | |