Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 5 Jenis Biskut Raya Yang Mungkin Menjadi Kesukaan Ramai

5 Jenis Biskut Raya Yang Mungkin Menjadi Kesukaan Ramai

Kategori:

Biskut raya adalah salah satu penyeri pada hari raya. Kalau tiada biskut raya, maka tak meriahlah raya. Antara hidangan paling ringkas, mudah, dan sedap untuk dijamu.

Jika anda perhatikan jenis biskut raya yang muncul pada setiap tahun adalah berlainan. Banyak sebenarnya yang telah berubah. Pendek kata, kuih raya dah berevolusi.

Resepinya semakin unik dan semakin ringkas! Kalau masih tercari-cari biskut raya apa nak buat tahun ni, apa kata lihat senarai biskut yang simple ni.

5 Jenis Biskut Raya

  1. JEJARI NESTUM

Biskut ni antara biskut biskut yang cepat, mudah dan murah. Pada awalnya biskut ini tidak disenaraikan sebagai biskut raya, namun disebabkan ia telah popular dan mula dihidangkan pada hari raya, jadi ia juga antara biskut yang wajib anda cuba.

Cara untuk menghasilkan biskut ini sangat mudah, hanya perlukan roti, nestum, coklat masakan dan susu cair.

  1. TART CADBURY

Biskut yang selalu dihasilkan bersama inti nenas kini diganti bersama coklat Cadbury. Coklat Cadbury kini dijadikan bahan utama dalam mengubah biskut raya traditional kepada biskut yang lebih moden.

Antara biskut yang popular adalah biskut tart ini. Kaedah pembuatannya sama sahaja seperti biskut biasa yang anda makan. Hanya intinya ditukar bersama coklat Cadbury.

  1. RED VELVET COOKIES

Seindah namanya, biskut ini antara yang popular dijadikan sebagai biskut raya. Kemunculanya yang serentak dengan kek Red Velvet.

Warnanya yang merah sudah menarik perhatian, ditambah pulak coklat chip pada biskut ni. Tak sempat orang berkunjung pada hari raya tuan rumah dah ngappp sampai habis. Kalau dapat satu bekas memang layan habis!

  1. BISKUT SUSU

Biskut ini adalah biskut yang paling senang untuk dihasilkan hanya dengan menggunakan 2 bahan sahaja.

Antara bahan yang digunakan adalah tepung jagung dan susu pekat sahaja dan ianya mampu menghasilkan biskut yang cantik dan sedap.

Biskut asalnya berwarna susu sahaja. Tapi jika anda mahukan kelainan. Anda boleh hasilkan biskut ini dengan pewarna dan warna kesukaan anda.

  1. SEMPERIT NUTELLA

Semperit ini antara biskut kegemaran ramai setiap kali tibanya hari raya.

Bahan untuk menghasilkan biskut semperit yang traditional adalah hanya menggunakan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, gula dan mentega.

Tetapi dengan gaya sekarang, mungkin semua nak diletakkan Nutella. Maka dengan itu terhasil lah semperit Nutella yang sedap ini.

Semoga bermanfaat 🙂

tags: | |