Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Dah Putus Asa Kenapa Buat Lempeng Asyik Tak Jadi, Ini Resipi Lempeng Naik Semestinya Tidak Akan Dibelbel Oleh Emak Berbakul-Bakul

Dah Putus Asa Kenapa Buat Lempeng Asyik Tak Jadi, Ini Resipi Lempeng Naik Semestinya Tidak Akan Dibelbel Oleh Emak Berbakul-Bakul

Kategori:

Pernah tak anda teringin sangat nak makan lempeng, tetapi adunan tersebut bila diletakkan di atas kuali tidak menjadi. Menjadi leper, tidak garing dan sebagainya.

Ini adalah resepi Lempeng Naik yang semestinya tidak akan dimarahi oleh emak anda, ayah anda, suami anda dan yang lain lain.

Dah Putus Asa Kenapa Buat Lempeng Asyik Tak Jadi, Ini Resepi Lempeng Naik Semestinya Tidak Akan Dibelbel Oleh Emak Berbakul-Bakul

Perkongsian resepi lempeng naik ini oleh Siti Nornaim Keng di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda.

Mudah sahaja cara membuatnya, hanya memerlukan cara yang betul untuk hasilkan lempeng naik ini menjadi.

Lempeng Naik

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 paket yis mauripan
  • 4 sudu besar gula
  • Garam
  • 2 biji telur
  • Air suam

Cara Penyediaannya:

  1. Satukan ke semua bahan dalam bekas
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit
  3. Bancuh adunan sedikit pekat
  4. Perap selama 20 minit
  5. Apabila selesai perap, letakkan minyak sedikit dalam kuali
  6. Ambil sesenduk adunan masuk dalam kuali
  7. Lebarkan sedikit adunan menggunakan senduk
  8. Garingkan di bahagian bawah dan terus terbalikkan (lakukan sehingga habis)
  9. Jangan tekankan adunan bila diterbalikkannya.

Lempeng Naik

Lempeng Naik

Selepas anda ikut langkah-langkah ini, mudah sahaja untuk hasilkan lempeng naik ini. Tidak perlu risau lagi jika adunannya tidak cantik.

Selamat mencuba!

Kredit: Siti Nornaim Keng di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda

Baca Juga: Nasi Tak Habis? Gunakan Dalam Resepi Lempeng Nasi Ringkas Ini Supaya Tak Bazir

tags: | |