Orang Malaysia sangat sukakan nasi. Setiap kali menjamu selera, rasa tak lengkap kalau tiada sepinggan nasi putih di atas meja. Selalu dimasak tapi kadang-kadang ada kalanya tak dimakan. Akhirnya terpaksa dibuang. Rasa membazir sangat, kan?
Dari berbuat begitu, apa kata anda simpan nasi yang tak habis dalam peti sejuk terlebih dahulu dan gunakannya kemudian untuk menyediakan beberapa keping lempeng nasi ringkas ini? Mudah sahaja, resepi ini telah diolah oleh Nur Fakhira Mohd Rosli di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Nasi Tak Habis? Gunakan Dalam Resepi Lempeng Nasi Ringkas Ini Supaya Tak Bazir
Bahan-bahan
- 1/2 cawan nasi sejuk
- Air secukupnya
- 1 1/2 cawan tepung gandum – dapatkan di sini
- Garam
- Gula
Cara penyediaan
- Kisarkan nasi bersama 1 cawan air sampai lumat.
- Gaul rata tepung gandum, garam dan gula. Masukkan nasi yang dikisar tadi. Tambahkan air jika adunan terlalu pekat. Kacau sampai dapat adunan yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
- Masukkan semula dan blender dan kisar sampai halus.
- Panaskan non stick pan. Tuang adunan lempeng. Guna api kecil.
- Bila dah naik buih, terbalikkan lempeng. Biar 2 ke 3 minit sampai lempeng masak.
- Angkat dan hidangkan bersama sambal sardin.
Mudah sahaja resepi lempeng nasi ringkas ini. Jika korang tidak ingin membazir, bolehlah sediakan resepi ini. Sesuai untuk sarapan pagi dan dimakan bersama sambal atau gula. Sedap sangat!
Selamat mencuba resepi ini.
Kredit: Nur Fakhira Mohd Rosli di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)