Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Peniaga Kongsi Resipi Buat Coney Dog Ala A&W, Pernah Dapat Hasil Jualan Sampai RM14K Dengan Hanya Jual Depan Rumah!

Peniaga Kongsi Resipi Buat Coney Dog Ala A&W, Pernah Dapat Hasil Jualan Sampai RM14K Dengan Hanya Jual Depan Rumah!

Kategori: ,
Coney Dog

Jika anda penggemar A&W, pasti anda sudah biasa dengan hidangan Cooney Dog yang enak dan padat isi daging tu kan. Tahukah anda, Cooney Dog ni boleh buat dekat rumah je tau.

Kali ini Min kongsikan resipi Coney Dog yang dikongsi oleh seorang peniaga ni. Memang sedap lah cerita dia sampai terjual RM14,000 jualan tunai sebulan semasa waktu PKP dulu.

Jom kita try resipi perkongsian bersama!

Peniaga Kongsi Resipi Buat Coney Dog Ala A&W, Pernah Dapat Hasil Jualan Sampai RM14 Ribu Dengan Hanya Jual Depan Rumah!

Coney Dog

Bahan-bahan (Sos):

  • daging kisar paket – boleh guna daging kisar paket murah jenama Tesco. Guna yang murah lagi jimat belanja. Tapi yang pasti kena elok dan sedap.
  • bawang holland cincang
  • bawang putih cincang halus
  • tomato sos pes
  • sos cili paket
  • kicap caramel paket
  • cili powder
  • beef stock
  • daun bay kering
  • garam
  • gula perang
  • black pepper
  • cuka putih
  • tepung jagung
  • serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan ketumbar

Bahan-Bahan (Dressing):

  • bawang holland cincang
  • sausage
  • roti hot dog
  • cheddar cheese

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang putih dengan minyak jangan sampai hangus. Masukkan bawang holland,, masukkan daging kisar gorang agar betul-betul hancur dan garing.
  2. Selepas tu masukkan daun bay agar buang bau hanyir dari beef itu, bila dah garing masukkan air panas dekat beef dalam kuali. Ikut kalau nak kuah banyak lebihkan air tapi jangan air terlalu sedikit.
  3. Selepas itu masukkan semua sos, cili, tomato, kicap, cili powder sedikit, beef stock, black pepper, gula perang, garam, serbuk jintan, manis jintan, putih semua biarkan renih seketika.
  4. Kemudian masukkan cuka putih. Berhati-hati jangan sampai cuka cantas semua rasa beef. Dan jangan terlalu banyak sebab cuka adalah untuk kekuatan dalam beef agar dapat level yang best untuk taste.
  5. Selepas betul-betul menggelegak, masukkan tepung jagung untuk pemekat kuah. Selepas masuk tepung jagung rasa akan mula berubah. Masa itu try lagi sekali tahap manis, masin agar balance.
  6. Bia dah okay nak simpan lama letak dalam chiller atau jadikan pes pun boleh. Lepas tu dah masak ketepikan kuah tadi.
  7. Untuk roti sausage tadi kukus sekejap sahaja sausage (hot dog punn kukus jangan lama dalam 1 minit dah okay). Lupa pula sebelum kukus, belah jangan sampai putus dua cukup letakkan hot dog untuk selit tengah roti agar bila dah kukus, senang dibuka.
  8. Lepas kukus, letakkan hot dog dekat tengah-tengah roti lepas tu letakkan sos cooney tu. Lepas tu taburkan bawang holland dan cheddar cheese. Ia sebagai option untuk korang bagi more value billa nakk meniaga orang nak sesuatu yang baru dalam Cooney Dog.
  9. Selamat mencuba!

Coney Dog Coney Dog

Tips Ekstra!

  • Satu petua masak banyak-banyak lepas tu masukkan dalam chiller. Sos ini boleh buat cicah dengan roti, dressing aatas pizza, makan dengan apa pun best guys.
  • Boleh jual RM6-RM7, satu keuntungan antara 55-58%.

Terima kasih buat Mohd Fadly atas perkongsian dan menghalalkan resipi ini untuk diguna oleh semua orang. Bagi korang di luar sana, selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Mohd Fadly

Baca juga: Kos Tak Sampai RM20 Boleh Buat 7 Jenis Fish Cake Homemade Halal! Memang Berbaloi Cuba Resipi Ni

tags: |