Fish Cake sememangnya menjadi bahan penyedap makanan. Letaklah dalam apa-apa masakan seperti mi goreng, nasi goreng, sup sayur atau apa-apa gorengan lagi, ia akan menambah rasa yang sedap kepada makanan kita.
Selain membeli fishcake di kedai, tahukah anda bahawa kita boleh buat sendiri fish cake homemade ni di rumah dengan berbekalkan modal RM20 sahaja. Dah lah murah, boleh pula buat 7 jenis fish cake homemade yang berbeza tau.
Nak tahu cara buat fish cake ni? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norlaila Dlaila ni.
Kos Tak Sampai RM20 Boleh Buat 7 Jenis Fish Cake Homemade Halal! Memang Berbaloi Cuba Resipi Ni
Bahan-Bahan:
- 10 ekor isi udang RM6
- 10 ekor (kecil) sotong RM5
- Ikan Dory sekeping RM6
- 2 ulas bawang putih
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung ubi kentang
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh lada sulah
- lobak merah
- kucai
- cili api
- 2 biji putih telur
- 3 sudu minyak masak
Cara Penyediaan:
- Mula-mula masukkan semua seafood dalam food prosessor.
- Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan akhir sekali baru masukkan sayur.
- Hasilnya begini.
- Ni kalau nak bulat kan.
- Ni kalau nak buat panjang.
- Yang ni akak lapiskan dengan fucuk dan seaweed.
- Boleh juga letak sayur-sayuran.
- Goreng seperti biasa sehingga keemasan.
- Hasilnya!
Sudah siap fish cake homemade pelbagai jenis ni. Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Norlaila Dlaila