Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Udang Sambal Belacan, Buat Penggemar Pedas, Ini Adalah Lauk Yang Sesuai Untuk Anda Dimakan Bersama Keluarga Tercinta

Resepi Udang Sambal Belacan, Buat Penggemar Pedas, Ini Adalah Lauk Yang Sesuai Untuk Anda Dimakan Bersama Keluarga Tercinta

Kategori: ,

Bila disebut sahaja mengenai udang, bermacam masakan boleh dimasak menggunakan lauk ini sahaja. Ada yang dimasak menggunak masak lemak, goreng butter dan bermacam lagi.

Ini adalah resepi Udang Sambal Belacan untuk penggemar pedas dan sukakan belacan.

Resepi Udang Sambal Belacan, Buat Penggemar Pedas, Ini Adalah Lauk Yang Sesuai Untuk Anda Dimakan Bersama Keluarga Tercinta

Resepi ini dikongsikan oleh Sheery Dream Cakes di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda, dan mendapatkan banyak kongsian daripada pengikut Facebook Page tersebut.

Udang Sambal Belacan

Bahan-Bahan A:

  • 780 gm udang bersaiz besar (yang telah dikupas kulitnya, kepalanya dan uratnya)
  • Segenggam udang kering (direndam di dalam air panas, bersihkan, toskan dan ditumbuk kasar)
  • Daun bawang (dipotong 2 inci panjang)
  • 1 biji bawang besar (dihiris kasar)
  • 10 tangkai cili kering (buangkan bijinya, dipotong kecil, rendam di dalam air panas sehingga lembut dan toskan)
  • 1 teh sudu kecil kicap cair Loon Kee
  • 2 teh sudu kecil paste asam jawa Xtra tanpa biji Adabi
  • 1 teh sudu kecil perencah pati ayam Tumix
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan-Bahan B:

  • 4 ulas bawang merah (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • Belacan sebesar ibu jari

Cara Penyediannya:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng cili kering hingga garing. Angkat dan tumbuk atau kisar hingga lumat. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan-bahan A dan goreng sehingga garing. Angkat dan kisar bersama sedikit air.
  3. Keluarkan sedikit minyak gorengan tadi dan masukkan bahan-bahan A dan cili kering kisar. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan udang kering dan sedikit gula. Tumis hingga garing.
  5. Setelah itu bolehlah masukkan udang dan paste asam jawa. Gaul dan biarkan sehingga udang masak.
  6. Masukkan kicap cair dan perencah pati ayam Tumix. Gaul sebati.
  7. Masukkan hirisan bawang besar dan gaul rata. Masak seketika.
  8. Akhir sekali bolehlah dimasukkan daun bawang dan gaul rata. Tutupkan api.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.

Udang Sambal Belacan Udang Sambal Belacan

Jika anda sudah tiada idea untuk memasak udang, bolehlah cuba resepi udang sambal belacan ini dan makan bersama keluarga.

Selamat Mencuba!

Kredit: Sheery Dream Cakes

Baca Juga: Beza Masak Sambal Bilis, Sotong, Udang! Ini Tips Penyediaan Dan Petua Tepat!

tags: | |