Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Punten Tanpa Kelapa Parut Makan Bersama Sambal Hijau, Hidangan Orang Jawa Yang Sedap & Lazat!

Resipi Punten Tanpa Kelapa Parut Makan Bersama Sambal Hijau, Hidangan Orang Jawa Yang Sedap & Lazat!

Kategori: ,,
resipi punten

Mahukan kelainan untuk masak di rumah, jom masak punten hidangan orang jawa ni. Cara masaknya sangat simple tapi sememangnya hidangan lazat!

Punten adalah antara makanan orang jawa yang terkenal di kawasan Sabak Bernam. Ia merupakan makanan yang dimakan sewaktu sarapan pagi. Punten ini seperti nasi himpit je rupanya, tetapi rasanya lain.

Punten ini lebih sedap dan berlemak kerana dimasukkan santan. Kalau anda nak cuba, boleh rujuk resipi punten yang dikongsi Chef Fazalina ini.

Resipi Punten Tanpa Kelapa Parut Makan Bersama Sambal Hijau, Hidangan Orang Jawa Yang Sedap & Lazat!

Bahan-Bahan Puten:

  • 1 cawan beras
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan (saya guna santan kotak + minyak masak 1 sudu)
  • garam sedikit

Langkah Penyediaan Puten:

  1. Masak nasi macam biasa. Tekstur nasi akan lembik sedikit. Lenyek/tumbuk nasi sampai lembut.
  2. Dah suam kepalkan ikut saiz. Saya guna pencetak karipap (laik plastik) boleh terus susun dalam bekas. Tunggu sejuk baru tutup.

Bahan-Bahan Sambal Hijau:

  • 4 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • segenggam ikan bilis
  • 30 biji cili padi
  • sedikit belacan

Langkah Penyediaan Sambal Hijau:

  1. Kisar semua (tak perlu kisar halus) biar kasar.
  2. Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak. Perasakan garam/serbuk perasa/gula melaka/gula putih.

Sudah siap resipi punten kita. Boleh makan dan cicah bersama sambal hijau. Simple dan senang kan cara pembuatannya? Tapi memang sedap sangat.

Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba dan merasai!

Sumber: Suhana Mohd Khalid

Baca juga: Peniaga Kongsi Resipi Buat Cooney Dog Ala A&W, Pernah Dapat Hasil Jualan Sampai RM14 Ribu Dengan Hanya Jual Depan Rumah!

tags: | |