Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Satu Pinggan Boleh Makan Untuk 5 Orang, Pelanggan Nasi Bukit Padang Jawa Terkejut Tengok Portion Menggunung Atas Pinggan

Satu Pinggan Boleh Makan Untuk 5 Orang, Pelanggan Nasi Bukit Padang Jawa Terkejut Tengok Portion Menggunung Atas Pinggan

Kategori:

Amat susah sekarang untuk mencari kedai makan yang menyajikan makanan yang portion yang banyak berbaloi dengan harga yang dijual. Kebanyakkan ada yang menjual harga yang mahal tetapi portion sangat sedikit.

Lain pula dengan kedai Nasi Bukit Padang Jawa Shah Alam ini, beliau menjual dengan portion yang menggunung atas pinggan. Netizen terkejut dan risau jikalau pergi, makanan tidak habis dimakan.

Satu Pinggan Boleh Makan Untuk 5 Orang, Pelanggan Nasi Bukit Padang Jawa Terkejut Tengok Portion Menggunung Atas Pinggan

Video ini dikongsikan oleh shahnazempire di laman media sosial TikTok dan netizen juga terkejut bersama beliau apabila melihat portion yang boleh dimakan lima orang satu pinggan.

Manakan tidak terkejutnya, harganya RM11 satu pinggan yang sangat murah tetapi portion menggunung membuatkan pelanggan berfikir adakah mampu untuk habiskan pada malam itu terus.

Nasi Bukit Padang Jawa Shah Alam

Kedai Nasi Bukit Padang Jawa Shah Alam wajar direkomendasi kepada pelanggan-pelanggan lain kerana boleh dikatakan kedai ini mahu berbahagi rezeki kepada pelanggan beliau.

Tidak kedekut dari segi portion dan lauk di dalam hidangan tersebut. Berdasarkan video yang dikongsikan boleh pemilik TikTok ini, mereka memesan Char Kuey Teow yang berharga RM10 sahaja. Ia juga diberi portion yang sangat banyak.

Nasi Bukit Padang Jawa Shah Alam

Melihat reaksi wajah isteri kepada pemilik video ini, menunjukkan reaksi wajah yang terkejut. Mungkin dalam fikiran beliau berkata macam mana cara nak habiskan makanan ini.

@shahnazempire

Hidangan utk sorang tapi boleh makan 5 org…Nasi Goreng sepinggan Rm 11 dan Char Koteow Rm 10 #nasibukitpadangjawa #fyp #foodie

♬ Funk City (Two AM Music Global) – Sek Hao Ho

@shahnazempire Hidangan utk sorang tapi boleh makan 5 org…Nasi Goreng sepinggan Rm 11 dan Char Koteow Rm 10 #nasibukitpadangjawa #fyp #foodie ♬ Funk City (Two AM Music Global) – Sek Hao Ho

Nak Makan Ni Kena Betul-Betul Lapar Baru Boleh Habis

Menjengah di ruangan komen, netizen turut juga terkejut dan ingin pergi ke kedai ini bawa keluarga mereka untuk merasai hidangan mereka.

“Ni nak makan time buka puasa boleh lah ni.”, komen netizen bernama Nuek Shoppe mengatakan bahawa portion banyak ini sesuai untuk dimakan semasa bulan ramadhan nanti.

Nasi Bukit Padang Jawa Shah Alam Nasi Bukit Padang Jawa Shah Alam Nasi Bukit Padang Jawa Shah Alam

Nasi Bukit Padang Jawa Shah Alam

Jika anda ingin berkunjung ke Nasi Bukit Padang Jawa Shah Alam, anda boleh waze terus ke kedai beliau. Buka setiap hari pada pukul 1 petang hingga 10 malam.

Kredit: shahnazempire

Baca Juga: Nasi Lemak RM40 Tepi Jalan, Reaksi Netizen Katakan Ia Berbaloi Kerana Portion Banyak & Boleh Makan Ramai-Ramai!

tags: | |