Kuih lapis adalah antara hidangan kuih yang menjadi piliha rakyat Malaysia. Ia terkenal dan selalu dihidangkan di majlis-majlis keraian sebagai pemanis mulut.
Ramai orang menggemari hidanngan kuih ini. Lagi-lagi warnannya yang ceria dan menarik selain rasanya yang sedap dengan tekstur gebu menjadikan ia pilihan yang tepat.
Kali ini, kami ingin kongsikan resipi kuih lapis yang lain dari yang lain. Biasanya, kita hanya menyediakan kuih lapis dengan adunan tepung dan perasa seperti pandan kan? Untuk versi ini, jom kita buat kuih lapis yang diperbuat daripada labu.
Mari ikuti perkongsian Marlia Lia yang berkongsi tentang kuih lapis labu lemak manis ini!
Bosan Dengan Kuih Lapis Biasa? Ini Resipi Kuih Lapis Labu Yang Lembut Dan Rasa Berlemak. Korang Kena Cuba!
Bahan-Bahan A:
- 1/4 biji labu saiz sederhhana
- 4 cawan santan segar – diipanaskan atas api perlahan hingga suam kuku.
Bahan-Bahan B:
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 3/4 cawan gula halus – kisar gula supaya senang larut
- 1/4 sudu teh garam
Cara Penyediaan:
- Kupas labu dan kukus hingga lembut. kemudian kisar hallus guna pengisar kering. Dapat anggaran 1/2 cawan selepas dikisar. Ketepikan.
- Dalam bekas besar satukan semua bahan-bahan B. Adun hingga rata. Ketepikan.
- Panaskan santan di dalam periuk menggunakan api perlahan sambil dikacau.
- Tuang santan suam ke dalam campuran bahan B. Kacau hingga sebati menggunakan pemukul tangan (hand whisker). Tapis.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan labu dan satu lagi dibiarkan pada warna asal.
- Panaskan kukusan ssehingga air mendidih. Ambil loyang bulat bersaiz 9 inci dan oleskan sedikit minyak.
- Panaskan loyang didalam kukusan terlebih dahulu sebelum mula melapis. Pastikan kukus kuih guna api sederhana.
- Tuang adunan putih terlebih dahulu. Kukus selama 5 minit kemudian barulah dimasukkan adunan labu. Pastikan jumlahnya sama supaya ketebalan lapisan kelihatan sama. Ulang langkah sama hingga habis. Lapisan terakhir perlu dikukus selama 20-25 minit.
- Untuk memastikan kuih lapis tidak cepat basi, selepas siap dikukus, buka penutup kukusan dan teruskan memasak kuih selama 5-10 minit lagi. Ia bertujuan untuk mengeringkan wap air atas kuih.
- Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Siap dan boleh dinikmati! Memang tak rugi cuba sebab sedap dan berlemak sangat. Pasti keluarga dan teman suka.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat menikmati!
Sumber: Marlia Lia
Baca juga: Resipi Kerabu Jantung Pisang Style Pantai Timur, Sedap Sangat Sampaikan Tak Sedar Sekejap Je Boleh Habiskan!