Apabila ingin berkelah, bermacam benda kita sediakan untuk bergembira di sana. Ada keluarga yang bawa semua peralatan dan bahan masak untuk memasak di sana. Suasana memain peranan yang penting untuk hasilkan suasana berkelah itu meriah.
Tapi lain pula terjadi untuk keluarga ini, akibat ingin selamatkan sambal belacan. Lelaki ini cuai kerana tidak perasan bakul plastik yang berisi kicap lalu terjatuh dari bonet kereta.
Video ini dikongsikan oleh mummymecca di laman media sosial TikTok beliau. Beliau merakamkan detik yang boleh dikatakan cemas apabila dua botol kicap jale dan satu botol sos cili pecah akibat kecuaian suaminya sendiri.
Pada awalnya, beliau hanya ingin selamatkan sambal belacan supaya tidak tumpah di dalam kereta. Tapi, lain pula yang pecah.
Bila dilihat pada tulisan di video tersebut, beliau mengatakan bahawa “bila orang lelaki buat kerja, habis.”
Mana tidaknya, mungkin selepas video ini dirakam. Berbakul suaminya mendapat belbel daripada sang isteri. Di ruangan komen, beliau mengatakan bahawa telah singgah “speedmart” bagi menggantikan kicap tersebut.
Mungkin ini boleh dianggap sebagai ujian sebelum untuk bersuka-ria semasa berkelah. Tapi netizen pula mengatakan risau pula jika si isteri yang dipersalahkan.
Kerana yang menyusun bakul tersebut adalah si isteri dan beliau juga akan disalahkan. Beliau membalas komen tersebut dan mengatakan.
“Eh memang lah tapi senyum je la. Nanti marah berdosa pula.”, gurau beliau di ruangan komen.
@mummymecca Selesaiiiiii 🙄 hanya nak selamatkan sambal belacan habis kicap sebotol
@mummymeccaSelesaiiiiii 🙄 hanya nak selamatkan sambal belacan habis kicap sebotol♬ Oh No (Instrumental) – Kreepa
Meninjau di ruangan komen, netizen mengatakan bahawa sayang akan kicap kicap dan sos cili tersebut dibazirkan kerana terjatuh.
“Saya pernah kena, thermos saya yang mahal jatuh pecah berderai. Baru je beli.”, komen netizen bernama imah74 mengatakan bahawa suaminya pernah menjatuhkan barang berharga beliau.
Apa-apa pun, janganlah salahkan sesiapa kerana risau pula suasana semasa berkelah akan jadi tidak seronok.
Kredit: mummymecca