Bila sebut sahaja nama sakura, kita terus bayangkan negera matahari terbit iaitu Jepun. Indahnya kalau dapat bercuti atau melancong ke Jepun dan nikmati makanan-makanan di sana.
Jadi apa kata kalau kita hasilkan aiskrim ala-ala berada di Jepun. Ini dia resepi Aiskrim Soda Sakura yang mempunyai kombinasi air laici dan air aiskrim soda!
Resipi Aiskrim Soda Sakura, Kombinasi Air Laici & Air Aiskrim Soda! Nampak Cantik Bak Ikan Kecil-Kecil Cebisan Buah Laici Berwarna-Warni
Resepi Aiskrim Soda Sakura ini dikongsikan oleh Novelis Affieyza Isahak yang telah dikongsikan semula di Facebook Page Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.
Bahan-Bahan:
- Laici dalam tin (1 tin)
- Air aiskrim soda (1 botol)
- Air gula (tambah ikut kemanisan rasa sendiri sebab bila air dah beku, rasa manis akan kurang)
- Tepung jagung – 1 sudu (larutkan dengan air)
- Plastik aiskrim ziplock tak payah ikat
- Pewarna pilihan
Cara Penyediaannya:
- Campurkan air laici dan gula serta bancuhan tepung jagung.
- Masak sehingga gula larut.
- Tambah ke dalam air aiskrim soda, kacau sebati.
- Carikkan buah laici kemudian bahagi kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai.
- Biar sekejap kemudian bilas dan sejatkan air.
- Masukkan buah laici pelbagai warna dan air campuran tadi ke dalam plastik aiskrim.
- Masukkan dalam peti ais sampai keras.
Comelkan? Nampak macam ikan koi berenang-renang dalam plastik aiskrim ini. Bolehlah cuba buat aiskrim soda sakura ini dan letak terus di dalam peti ais beku terus.
Selamat Mencuba!
Kredit: Novelis Affieyza Isahak
Baca Juga: Cara Buat Koktail Buah Bersoda, Penyejuk Tekak Untuk Berbuka Nanti