Selepas seharian berpuasa, mesti inginkan pencuci mulut yang sejuk dan menyegarkan tekak untuk berbuka kan? Apa kata jom cuba buat koktail buah bersoda ini.
Sedikit berbeza dari koktail buah yang sering dibuat orang kerana ada penambahan air aiskrim soda f&n di dalamnya.
Ramai yang sudah mencubanya dan ternyata rasanya sungguh sedap! Ada yang mahu cuba? Ikuti sahaja cara membuatnya di bawah.
Resipi Koktail Buah Bersoda
Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 1 botol kecil ais krim soda f&n
- 1 tin laici
- 1 tin buah-buah campur
- 1 tin nenas
- Nata de coco
- 2 paket sumi
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
- Tambah ais untuk lebih sedap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit: Epy Za