Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Chilli Oil Asli China Pekat Melikat! Sangat Wangi Beraroma. Kena Kacau Minyak Panas 3 Kali Dengan Berperingkat. Ini Caranya!

Resipi Chilli Oil Asli China Pekat Melikat! Sangat Wangi Beraroma. Kena Kacau Minyak Panas 3 Kali Dengan Berperingkat. Ini Caranya!

Kategori: ,
Chilli Oil Asli China

Chili oil atau minyak cili sememangnya sedap dijadikan bahan penambah rasa untuk makanan yang berkuah. Misalnya, mi sup yang disediakan akan lebih ‘kick’ jika kita tambah chili oil sebelum dihirup masuk dan mengalir ke dalam tekak.

Banyak cara penyediaan yang tersebar luas di internet, tapi Chilli Oil Asli China ini cara yang paling sedap, pekat, likat, pedas dan wangi beraroma secukup rasa kerana resipi ini berasal dari China.

Jom ikuti resipi Chilli Oil Asli China Ju Zue ini sebagai panduan untuk memasak cili oil asli China yang pure ini!

Resipi Chilli Oil Asli China Pekat Melikat! Sangat Wangi Beraroma. Kena Kacau Minyak Panas 3 Kali Dengan Berperingkat. Ini Caranya!

Bahan-Bahan (Cili):

  • 60 gram cili serbuk babas
  • 40 gram cili kisar/flakes/ground (yang ni Cikju buat sendiri sebab yang ready made selallu banyak sangat biji)
  • 25 gram kacang goreng hancur (ini pun Cikju buat sendiri)
  • 20 gram bijan putih (ini Cikju sangai dulu)
  • gula
  • garam
  • minyak masak (yang ni Cikju agak-agak, Dalam resipi 100 gram untuk gaul dengan cili tapi Cikju suka pandai-pandai je)

Bahan-Bahan (Minyak Beraroma):

  • 300 gram minyak masak
  • setengah ikat daun ketumbar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 2 batang/jambak daun bawang
  • 4 keping bay leaf/daun salam
  • 3-4 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

  1. Dalam satu bekas. Campur cili serbuk, cili kisar, gula, garam. Chilli Oil Asli China
  2. Masukkan minyak masak dan kacau-kacau sehingga sebati dan basah.
  3. Masukkan bijan putih dan kacang goreng hancur. Chilli Oil Asli China
  4. Dalam kuali lain panaskan minyak. Campur bahan-bahan minyak beraroma. Kacau sampai layu. Dah layu tapis bahan dan ambil minyak sahaja.
  5. Campurkan 1-2 senduk minyak panas dalam bekas campuran ccili tadi. Kacau kacau kacau. Kemudian campur 1-2 senduk kali kedua. Dan kacau kacau kacau.
  6. Masukkan lagi baki minyak dan kacau sampai sebati.
  7. Okay siap!

Dah siap Chilli Oil Asli China ni. Boleh buat banyak-banyak dan letak dalam balang. Selamat mencuba dan menikmati! Nak makan nanti makin tambah selera lah ya. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sumber: Ju Zue

Baca juga: Resipi Sambal Tumis Cili Padi, Licin Pinggan Makan Dengan Ayam Goreng Crispy! Suami Minta Buat Hari-Hari Sebab Sedap Makan Dengan Nasi!

tags: | |