Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Cheesecake Sandwich Paling Mudah, Tak Perlu Bakar Atau Kukus. Jom Buat Bersama!

Resipi Cheesecake Sandwich Paling Mudah, Tak Perlu Bakar Atau Kukus. Jom Buat Bersama!

Kategori: ,
cheesecake sandwich

Korang mahukan hidangan yang simple, senang tapi sangat mengenyangkan? Jom buat cheesecake sandwich yang sangat mudah untuk dibuat. Tak perlu bakar atau kukus. Yang penting, ia tetap sedap!

Korang simpan sahaja dalam petik sejuk sebelum makan. Nak tahu caranya? Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Norfazida Gda ini.

Resipi Cheesecake Sandwich Paling Mudah, Tak Perlu Bakar Atau Kukus. Jom Buat Bersama!

Bahan-Bahan:

  • 1 paket kecil biskut cream crackers
  • 250 gram cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 sudu kecil jus lemon
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 3 sudu kecil gelatin halal
  • 1/3 cawan air panas
  • chocolate rice/chocolate chips/biskut oreo
  • gula aising (piilihan)

cheesecake sandwich

Cara Penyediaan:

  1. Larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan sedikit sejuk. Putar cream cheese, whipping cream dan gula sehingga kembung. Masukkan jus lemon, esen vanilla dan larutan gelatin kemudian putar sehingga sebati.
  2. Masukkan pula chocolate rice/chocolate chip/ biskut Oreo yang telah dihancurkan dan gaul sekata.
  3. Susun biskut cream crackers dalam loyang/bekas sehingga penuh. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
  4. Susun selapis lagi biskut di atas cheese. Simpan ke dalam peti ais selama 2-3 jam.
  5. Potong sandwich mengikut bentuk biskut cream crackers (segi empat) dan taburkan gula aising.
  6. Sandwich sedia untuk dinikmati. Siap!

cheesecake sandwich cheesecake sandwich cheesecake sandwich

Siap dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: Norfazida Gda

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Roti Sosej Cheese Leleh Untuk Bekal Seisi Rumah, Sedap Sampai Tak Cukup!

tags: | |