Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cucur Udang Paling Mantap

Cucur Udang Paling Mantap

Kategori: ,
cucur udang

Hai semua, siapa kat sini peminat tegar cucur udang? Okay, cucur udang ini memang sedap, tambah lagi jika anda merupakan orang utara kerana cucur udang ini lagi nikmat jika dicicah bersama sos atau mayonis. Justeru, cucur udang ini adalah pilihan menu yang paling sesuai untuk dihidangkan pada sarapan pagi ataupun minum petang. Jom baca menu dibawah ini dengan sebaik mungkin.

Bahan bahan:

  • 250 gram tepung gandum,
  • 300 ml air,
  • 5 ekor udang besar (buang kulitnya dan potong menjadi kecil-kecil),
  • 1 biji bawang besar,
  • 1 tangkai cili merah/hijau,
  • 1/2 batang lobak merah,
  • Sedikit daun sup/daun bawang,
  • Secubit serbuk kunyit (jika anda suka),
  • 1/2 sudu kecil garam,
  • 1/2 sudu kecil gula,
  • Secubit soda bikarbonat –( jika anda suka).

Cara cara:

  1. Anda dikehendaki memasukkan soda, garam, gula serta serbuk kunyit ke dalam tepung gandum yang telah dituangkan. Kacau sehingga ianya menjadi rata.
  2. Kemudian, masukkan bawang, cili merah, daun sup dan karot lalu digaulkan juga sehingga rata.
  3. Tuang air ke dalam tepung tersebut sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Jika anda terlebih air, anda boleh menambahkan lagi tepung gandum supaya menjadi serata.
  4. Masukkan udang yang telah dipotong dan dikacau sehingga rata.
  5. Panaskan minyak yang banyak,  lalu sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali yang disediakan.  Pastikan anda meletakkan udang  didalam setiap bancuhan semasa disudukan ke dalam kuali supaya ianya menjadi cucur udang paling sedap.
  6. Akhir sekali, gorengkannya sehingga menjadi masak kekuningan.  Angkat dan toskan, lalu dicicah dengan sos cili pencicah dan mayonis(jika anda lebih suka mayonis dicampurkan dengan sos).

Itu sahajalah resepi saya yang sangat simple dan dijamin sedap, selamat mencuba okay? Semoga bermanfaat.

tags: |