Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tiba-Tiba Mengidam Nak Makan Makanan Bersup, Jom Buat Mee Hailam Daging Terpaling Sedap Sampai Nak Tambah Lagi!

Tiba-Tiba Mengidam Nak Makan Makanan Bersup, Jom Buat Mee Hailam Daging Terpaling Sedap Sampai Nak Tambah Lagi!

Kategori: ,,

Pernah tak ada satu musim, kita tiba-tiba rasa nak makan makanan yang bersup. Tapi dah tiada idea nak buat sup apa sebab dah bosan makan makanan bersup yang biasa.

Jadi apa kata anda cuba resepi Kuah Mee Hailam Daging ini, confirm anda akan nak tambah lagi dan dapat hidangkan kepada tetamu juga.

Tiba-Tiba Mengidam Nak Makan Makanan Bersup, Jom Buat Mee Hailam Daging Terpaling Sedap Sampai Nak Tambah Lagi!

Resepi Kuah Mee Hailam Daging ini dikongsikan oleh Eddy Lela de Boom dan dikongsikan semula di Facebook Page Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.

Kuah Mee Hailam Daging

Bahan-Bahan Untuk Dikisar:

  • 2 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Segenggam cili kering

Bahan-Bahan:

  • 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • Sawi
  • Lobak Merah
  • Telur
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Kicap mudim

Kuah Mee Hailam Daging

Cara Penyediaannya:

  1. Tumiskan bahan hirisan sampai naik bau bersama bahan yang diblender, sesudu sos cili, sos tiram dan kicap pekat mudim.
  2. Bila kuah dah mendidih, masukkan daging dan sesudu lada hitam. Masak daging sampai empuk
  3. Kemudian pecahkan telur dalam 3, 4 biji.
  4. Masukkan sawi, lobak merah, dan sedikit bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan sedikit kuah
  5. Akhir sekali, semasa nak makan boleh dihidang bersama mi atau kuetiaw dan taugeh serta cili padi potong.

Kuah Mee Hailam Daging

Sedapnya! Terus terliur lihat gambar kuah mee hailam daging ini, mesti rasa nak tambah lagi bila dihidangkan.

Selamat mencuba!

Kredit: Eddy Lela de Boom

Baca Juga: Teringin Nak Makan Jjajangmyeon? Ini Dia Cara Mudah Membuatnya

tags: | | |