Kerajaan baharu Malaysia yang juga dikenali sebagai Kerajaan Madani mengenalkan ‘Menu Rahmah’ sebagai salah satu inisiatif. Ia diperkasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Peniaga sendiri yang secara sukarela menyahut seruan dan menyokong apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dan ia dapat membantu masyarakat Malaysia yang susah untuk terus bertahan.
Seperti kisah yang akan dikongsikan ini, pelanggan ini tidak percaya langsung bahawa Marrybrown juga menawarkan Menu Rahmah yang bukan biasa-biasa.
Pelanggan yang terkejut ini ialah aristinyworld, beliau terkejut kerana Menu Rahmah yang ditawarkan oleh Marrybrown ini bukan biasa-biasa. Kerana, pelanggan diberi pilihan untuk memilih minuman bekarbonat bukannya air mineral biasa.
Jumlah untuk makanan tersebut hanyalah RM5 sahaja.
Beliau memilih air oren dan menunjukkan Nasi Kari Marrybrown ini sangat sedap. Netizen memuji syarikat gergasi makanan segera ini kerana sentiasa hasilkan servis yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan mereka.
Sangat berbaloi untuk keluarga yang tidak bernasib baik yang tidak pernah merasai makanan seperti ini. Rata-rata tidak pernah berkesempatan kerana mereka fikir ianya mahal dan tidak berbaloi untuk beli.
Tapi dengan adanya Menu Rahmah ini, mereka dapat merasai dengan harga yang sangat rendah.
@aristinyworld bough 2 sets of #MenuRahmah from #Marrybrown today. One to eat after work hours ended. #fypシ゚viral #fypage #fypシ #fyp #rm5only #broke #foodie #food #rahmah #rm5 #nasikari #nasi #orange
@aristinyworld bough 2 sets of #MenuRahmah from #Marrybrown today. One to eat after work hours ended. #fypシ゚viral #fypage #fypシ #fyp #rm5only #broke #foodie #food #rahmah #rm5 #nasikari #nasi #orange ♬ WHERE YOU BELONG – Matt Hansen
Meninjau di ruangan komen, netizen sangat berpuas hati dengan Marrybrown kerana sangat memahami kesusahan rakyat yang tidak merasai makanan segera ini.
Bolehlah anda untuk menyokong dan membeli di Marrybrown, dalam masa sama juga boleh menyahut seruan kerajaan dengan menyokong syarikat Marrybrown ini.
Kredit: aristinyworld
Baca Juga: “Dah Tak Ada Orang Makan KFC..” Lelaki Ini Saran Makan Ayam Goreng Texas Kerana Lebih Besar