Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Cucur Kentang Sesuai Buat Moreh, Rangup & Sedap Makan Cicah Dengan Sos Cili

Resipi Cucur Kentang Sesuai Buat Moreh, Rangup & Sedap Makan Cicah Dengan Sos Cili

Kategori: ,
cucur kentang

Moreh sememangnya menjadi waktu yang ditunggu-tunggu semasa bulan Ramadan ini kan? Mana tidaknya, waktu inilah kita ingin merapatkan silaturahim sambil mengeteh, mengopi dan menjamu selera.

Antara hidangan moreh yang sedap dan senang disediakan adalah cucur. Masakan cucur adalah paling simple kerana bahan-bahannya mudah didapati dan menyediakannya pula tidaklah memakan masa.

Terdapat pelbagai jenis cucur yang ada seperti Cucur Udang, Cucur Sotong dan Cucur Kosong. Tapi kali ini, kami ingin kongsikan Cucur Kentang yang enak dimakan begitu sahaja bersama sos pencicah.

Jom ikuti resipi Cucur Kentang oleh Linda Safar ini.

Resipi Cucur Kentang Sesuai Buat Moreh, Rangup & Sedap Makan Cicah Dengan Sos Cili

Bahan-Bahan:

  • 4 biji kentang
  • sosej ayam
  • 1 batang lobak merah
  • 1 tangkai daun bawang
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • serbuk cili @ cili flakes (optional)
  • penambah rasa
  • garam

Cara Penyediaan:

  1. Lenyek kentang yang telah direbus.
  2. Masukkan sosej, lobak dan daun bawang.
  3. Masukkan garam, penambah rasa dan serbuk cili jika suka. Gaulkan sebati.
  4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil gaul.
  5. Bulat-bulatkan satu persatu.
  6. Goreng sehingga timbul berubah jadi kkuning keemasan.

cucur kentang cucur kentang cucur kentang cucur kentang

Sudah siap Cucur Kentang kita. Cantik sangat kejadian lepas goreng. Rasa rangup dan cicah pula dengan sos cili memang mantap! Moreh akan jadi best ada hidangan Cucur Kentang yang sedap ni.

Sumber: Linda Safar

Baca juga: Tular Berbuka Makan Kurma+Butter, Ramai Cakap Sedap & Ketagih Jadi Korang Mesti Cuba! Sesuai Buat Sesiapa Tak Minat Kurma

tags: | | |