Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Sandwich Jagung Ayam Air Fryer, Manis Berkrim Dan Memang Mengenyangkan

Wanita Ini Kongsi Resipi Sandwich Jagung Ayam Air Fryer, Manis Berkrim Dan Memang Mengenyangkan

Kategori: ,
sandwich jagung ayam

Terfikir nak masak apa untuk pemanis mulut semasa bulan Ramadan ini? Di sini kami kongsikan satu resipi yang senang dan lazat. Kalau korang ada air fryer di rumah, elok sangat cuba resipi ini untuk makan-makan.

Resipi yang dikongsikan oleh Linda Safar ini mendapat perhatian ramai. Jom kita ikuti langkah penyediaannya. Ini boleh dibuat untuk satu hidangan tau. Kalau nak buat banyak-banyak, gandakan sahaja bahan-bahannya.

Wanita Ini Kongsi Resipi Sandwich Jagung Ayam Air Fryer, Manis Berkrim Dan Memang Mengenyangkan

sandwich jagung ayam

 

Bahan-Bahan:

  • 2 keping roti
  • 1 keping cheese
  • jagung kukus
  • mayonis
  • cheese parut
  • serunding ayam
  • chicken ham

Cara Penyediaan:

  1. Kukus jagung manis bersama mayonis sehingga masak.
  2. Sapu mayonis pada permukaan roti kemudian taburkan serunding ayam.
  3. Letakkan kepingan cheese dan chicken ham di atasnya.
  4. Lapis dengan sekeping lagi roti kemudian taburkan cheese parut di atasnya.
  5. Letakkan jagung mayo kukus di atasnya.
  6. Bakar dalam air fyer suhu 170 darjah celcius selama 10 minit.
  7. Siap, boleh dihidang!

sandwich jagung ayam sandwich jagung ayam sandwich jagung ayam

Haaa senang kan cara penyediaan sandwich jagung ayam ni. Memang best sekali ngap! Sedap dan mengenyangkan. Manis berkrim mayo tu memang bikin sandwich lazat.

Bagi korang yang nak cuba, memang tak rugi. Semoga perkongsiaan sandwich jagung ayam ini bermanfaat! Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Linda Safar

Baca juga: Resipi Sambal Ikan Thai Viral, Hidangan Berbuka Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

tags: | |