Semperit merupakan antara biskut yang paling popular ketika Hari Raya. Dengan rasa berlemak dan datang dengan aneka warna yang cantik, sememangnya ia memikat hati si pemakan.
Biasaanya, semperit yang popular adalah semperit susu dengan rasa susu sahaja. Tapi kali ini, kami ingin kongsikan resipi Kuih Semperit Berperisa yang sedap dan cantik mata memandang.
Bolehlah hidang masa perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti untuk hidang kepada tetamu. Memang laku keras. Jom ikuti resipi Kuih Semperit Berperisa perkongsian Lie Ya ini.
Resipi Kuih Semperit Berperisa Untuk Hari Raya, Buat Biskut Ni Confirm Habis Berbalang-Balang
Bahan-Bahan:
- 250 gram butterrcup / planta
- 1/2 cawan susu Saji perisa tembika susu / jagung / bandung
- 4 cawan tepung jagung
- ceri untuk hiasan
Cara Penyediaan:
- Gaul sebati buttercup dan susu.
- Masukkan tepung sikit sedikit.
- Uli doh bagi lembut tak melekat.
- Tekan guna acuan semperit yang sesuai.
- Hiaskan dengan ceri.
- Bakar mengikut ketuhar masing-masing.
- Boleh buat untuk raya nanti.
Dah siap Kuih Semperit Berperisa kita. Bolehlah isi dalam balang dengan mengikut perisa yang pelbagai. Selamat mencuba dan menikmati buat semuanya.
Kredit: Lie Ya