Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kempen Derma Muslim Volunteer Malaysia + Daily Makan Sasar Bantu Golongan Memerlukan, Jom Derma Bagi Ringankan Beban

Kempen Derma Muslim Volunteer Malaysia + Daily Makan Sasar Bantu Golongan Memerlukan, Jom Derma Bagi Ringankan Beban

Kategori: ,
Muslim Volunteer Malaysia + Daily Makan

Dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia ini, golongan rentan dan memerlukan jangan dilupakan. Sebagai masyarakat yang prihatin dengan sekitar, membantu di antara satu sama lain sememangnya dianjurkan dalam agama.

Muslim Volunteer Malaysia + Daily Makan Usahakan #BERIMAKAN 2023 MVM Rover Jejak Masjid (MRJM)

Muslim Volunteer Malaysia + Daily Makan

Oleh itu, Muslim Volunteer Malaysia dengan kerjasama Daily Makan mewujudkan satu kempen derma MVM Rover Jejak Masjid (MRJM) bagi membantu meringankan bebanan ekonomi keluarga B40 dan asnaf.

Program ini diwujudkan di beberapa buah negeri. Ia supaya mereka yang terkesan dan bergelut dengan hidup mempunyai makanan asas yang cukup untuk disediakan sepanjang Ramadan.

Bersama Daily Makan + MVM, kami membantu keluarga B40 dan asnaf di Kelantan (kerjasama dengan Daily Makan memfokuskan di negeri ini) dengan memberikan bantuan makanan asas bernilai RM195/pek.

Muslim Volunteer Malaysia + Daily Makan

Dengan menyumbang kepada program ini, anda dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan, khususnya dalam bulan Ramadan.

Jadi Muslim Volunteer Malaysia + Daily Makan mengambil inisiatif pada Ramadan tahun ini untuk mempercepatkan agihan pek barangan asas bagi membolehkan mereka merasai sambutan suasana Ramadan itu.

Agihan akan dibuat kepada :

  • 100 keluarga asnaf disekitar Kota Bahru
  • Kos 1 set lengkap barangan asas = RM195

Muslim Volunteer Malaysia + Daily Makan

Bukan sahaja di bulan Ramadan yang mulia, agihan barangan asas seperti ini turut diperkembangkan dan diteruskan bagi menolong orang ramai kerana masih ada lagi rakyat Malaysia yang mengikat perut dan bergelut untuk membeli barangan asas.

Kami mensasarkan RM13,500 bagi menjayakan misi ini. Jom sama-sama berkongsi rasa dan rezeki. Bagi anda yang ingin menghulur bantuan untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan, boleh ke pautan #MRJM Kelantan dan #BERIMAKAN untuk menderma.

Klik di sini: MRJM Kelantan & BERIMAKAN

Muslim Volunteer Malaysia + Daily Makan Muslim Volunteer Malaysia + Daily Makan

Untuk maklumat lanjut berkenaan usaha ini, anda boleh menghubungi Cik Adawiyah di talian tertera: +6017-807-4337

Semoga usaha murni Muslim Volunteer Malaysia + Daily Makan ini dapat diteruskan sampai bila-bila dengan dokongan semua.

Kami mewakili Muslim Volunteer Malaysia + Daily Makan mengucapkan terima kasih kepada kalian yang sudi berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan. Terima kasih kerana berkongsi rezeki, rasa dan jiwa dengan semua. Semoga diberkati.

tags: | |