Jom buat air mocktail yang sedap dan menyelerakan ni. Biasanya, ada yang kita minum minuman mocktail yang cair kan. Mocktail haruslah pekat airnya barulah sedap.
Korang tahu tak? Ada satu bahan yang boleh diletak untuk bagi air mocktail bertambah sedap, pekat dan yang paling penting lebih menyelerakan?
Yang penting, kena letak whipping cream tau! Akan terasa lemak manis air ni. Jom ikuti perkongsian rahsia air mocktail kick ini oleh Hafidz Idris.
Rahsia Air Mocktail Lebih ‘Kick’! Kena Tambah Satu Bahan Ini Barulah Minuman Rasa Lebih Pekat & Sedap!
Bahan-Bahan:
- 1 tin buah campuran jenama (Hosen)
- 1 tin laici
- 1 kotak whippiing cream (250ml)
- 1 tin susu cair (carnation)
- 1 bekas nata de coco (saiz sederhana)
Cara Penyediaan:
- Tapis dan buang semua iar dalam tin ini. Airnya tak sedap, nanti jadi masam. Masukkan dalam jag.
- Tuang susu cair, saya memang guna jenama ini saja kalau nak buat air mocktail. Tuang habis. Nak banyak air letak dua tin.
- Masukkan whipping cream kotak kecil. Tuang semua satu kotak, inii penting. Kalau tak ada ini memang agak kurang kick.
- Susu pekat setangah tin. Kemanisan ikut cita rasa sendiri.
- Masukkan nata de coco. Masukkan airnya sekali. Saya guna semua.
- Masukkan laici, airnya tuang sedikit sahaja. Jangan letak semua tapi laici guna semuanya.
- Kaccau sebati, letak ais dalam cawan, tuang air mocktail dan siap!
Haaa dah tahu kan rahsia dia. Trylah letak whiipping cream, mesti bertambah best! Confirm, sekali try cara ni, mesti dah tak guna cara lain buat mocktail.
Resipi rahsia air mocktail ini dah hampir 7 keturunan dalam simpanan. Memang korang kena cuba. Semoga bermanfaat.
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Hafidz Idris
Baca juga: Air Lemon Asam Boi Ala-Ala Secret Recipe, Hidangan Minuman Puasa & Raya Yang Refreshing Di Tekak!