Sesiapa yang suka cendawan enoki, tidak kiralah masak dengan cara goreng atau apa, korang mesti cuba cara Butter Enoki ni pula.
Resipi Butter Enoki perkongsian Elle Izani Ellanie ni sememangnya nampak sedap. Ratah sahaja pun dah mantap.
Resipi Butter Enoki Berkrim, Boleh Ratah Saja Atau Makan Dengan Nasi. Sekali Buat Pasti Nak Lagi
Bahan-Bahan:
- 2 pek enoki / golden mushroom
- 10 ulas bawang putih
- 2/3 cili padi merah (potong-potong)
- 2 sudu besar butter – untuk tumis
- 2 sudu besar butter – untuk letak last sekali
- 2 sudu besar oren Sunquick
- 1 kiub ayam Maggi
- sedikit air masak (nak bagi berkuah sikit je)
Cara Penyediaan:
- Tumis bawang putih dengan butter sampai naik bau.
- Masukkan enoki dan sedikit air. Biarkan sampai menggelegak, tak perlu kacau.
- Masukkan sunquick dan kiub ayam, gaul sikit-sikit bagi rata dan kena semua enoki.
- Agak-agak air dah nak kering, tutup api. Kemudian masukkan butter, ratakan. Dan terus susun dekat pinggan.
- Untuk hiassan saya tabur parleys sahaja.
Sedap ratah gitu je Butter Enoki macam makan Maggi. Makan dengan nasi putih lawan dengan ayam goreng pun sedap.
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Elle Izani Ellanie
Baca juga: Resipi Spaghetti Tomyam Untuk Tekak Orang Malaysia, Kena Buat Cara Ni Barulah Rasa Lebih Kick & Mantap