Ibu adalah seorang sosok yang cekal dan tabah dalam membesarkan anak-anak. Tanpa pengorbanan mereka, kita tidak akan menjadi kita yang sekarang.
Seperti kisah seorang wanita cekal dikenali sebagai Cik Salmah, perkongsian anaknya meraih perhatian netizen kerana masih gigih berniaga walau umur sudah mencecah usia 63 tahun.
Menurut anaknya bernama Anjelaraa di laman Tiktok, dia sendiri mengagumi kekuatan ibunya yang tidak jemu berniaga sejak tahun 1980-an.
Dengan perit jerih ibunya itulah dapat membesarkannya hingga menjadi manusia berguna seperti sekarang.
“Mak berniaga cendol sejak saya belum lahir lagi. Mak merupakan peneroka Felda, tapi pendapatan tak cukup. Sikit sangat. Sebab tu dia berniaga.
“Selain cendol, mak dulu pernah buka gerai jual Ais Batu Campur (ABC),” katanya.
Yang paling menyentuh hati, walaupun dia bekerja sebagai penjual cendol setelah sekian lama, untung yang diambil atas jualannya hanyalah sedikit sahaja dengan sebungkus RM3. Dia percaya bahawa ada keberkatan disebalik keikhlasan menjual cendol sambil bersedekah.
“Walau hasil meniaga sehari dapat RM20 – RM40 1 kedai, dia senyum sahaja sentiasa.
“Saya membesar dengan hasil dia jual cendol. Cendol 100% pure guna daun pandan. Bukan mudah nak buat cendol ni. Sumpah penat kalau saya. Memang saya takkan buat. Buat lama gila. Tapi dia jual murah sangat-sangat.
“Proses nak buat ni. Dari tengah hari dia basuh daun pandan satu-satu. Malam blend pulak daun pandan. Bannyak weh. Lenguh.
“Pastu bancuh, siap letak atas dapur. Kacau-kacau sampai pekat. Baru tinggal 2 jam lebih baru masak!”, ceritanya dengan kagum tentang kisah ibunya jual cendol murah.
Melihat ruangan komen netizen, ramai yang turut kagum dan terinspirasi dengan ketabahan dan kekuatan yang dimiliki oleh ibunya tentang kisah jual cendol murah itu.
“Murah pada kamu, tapi cukup berkat membesarkan kamu. Ibu kamu hebat,” kata netizen dengan nama Jack.
“Saya nak pinjam semangat ibu sis. Semoga saya kuat macam dia,” tulis Nuries Ismail tentang kegaguman kisah ibu umur 63 tahun jual cendol murah berkenaan.
“Saya tengok tangan mak awak. Saya nangis. Tangan yang membesarkan anak-anak,” ujar netizen lain.
Semoga segala pengorbanan ibu di luar sana dihargai dan dibalas dengan setimpal. Terima kasih kerana membesarkan kami sehingga menjadi manusia seperti sekarang.
Sumber: anjelaraa_