Orang zaman dahulu sangat pandai memasak atau cipta makanan yang baru dan diberikan kepada anak cucu mereka. Ada juga siap-siap terus tulis resipi di buku supaya anak cucu mereka boleh guna sehingga sekarang.
Sama seperti resipi yang bakal dikongsi ini iaitu Resipi Kerabu Nangka Campur Perut yang masih digunakan oleh anak cucunya sehingga sekarang.
Siapa Sangka Resipi Turun Temurun Arwah Tok Putih Disimpan Dari Tahun 70-an, Resipi Kerabu Nangka Campur Perut Masih Diguna Hingga Sekarang
Resipi Kerabu Nangka Campur ini dikongsikan oleh cucu Arwah Tok Putih sendiri bernama Salmah Che Mi di Facebook Page Masak Apa Hari Ini.
Bahan-Bahan:
- Nangka direbus, toskan
- Perut lembu direbus
- Kerisik
- Halia (ditumbuk)
- Lada api (ditumbuk)
- Belacan (ditumbuk)
- Bawang besar (potong dadu)
- Air asam jawa
- Santan Pekat
- Gula
- Garam
- Perasa
Cara Penyediaannya:
- Pertama sekali adalah rebuskan nangka dan toskan.
- Kemudian, perut lembu haruslah dibasuh dengan cuci dan rebus seperti biasa. Toskan.
- Selepas siap kesemua bahan yang direbus diatas, gaulkan kesemua bahan yang ditulis di atas.
- Seimbangkan rasa masam manis yang kena dengan tekak anda.
- Dah siap, boleh hidangkan.
Mudahkan bila hanya perlu campurkan sahaja kesemua bahan tersebut. Arwah Tok Putih pula sangat baik hati kerana kongsikan resipi Kerabu Nangka Campur Perut ini kepada anak cucunya.
Semoga Arwah Tok Putih ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin. Al-fatihah.
Kredit: Salmah Che Mi
Baca Juga: “Hidupkan Sunnah Yang Makin Tergadai..”, Lelaki Ini Kongsi Kisah Kagum Tentang Keluarga Hebat Masa Ziarah Saudara Meninggal, Memang Tamparan Hebat!