Bila dah duduk di universiti, kita kalau boleh sedaya upaya untuk mencuba berjimat. Kerana, waktu itulah kita akan belajar untuk berjimat dan yang mana boleh potong kos, mesti potong kos! Tiba, jika kalau terlampau ‘craving’, makan sahaja kerana hidup ini cuma sekali.
Ini adalah salah satu resipi Ramen Samyang versi Universiti di mana para belajar boleh makan sahaja di kediaman kolej mereka.
Resipi Ramen Samyang Versi Universiti dikongsikan oleh mollymolina di laman media sosialnya di TikTok. Beliau menggunakan periuk yang selalu pelajar univerisiti guna di kolej mereka. Tidak pasti jika ada kolej yang melarang mereka untuk menggunakan periuk ini dan risau di rampas oleh pihak kolej.
Resipi Ramen Samyang Versi Universiti paling mudah, simple, cepat dan senang! Kegemaran para pelajar universiti, kerana mungkin makanan berasaskan maggi inilah makanan kegemaran mereka.
Selamat Mencuba!
Kredit: mollymolina