Anjing adalah merupakan haiwan yang paling setia dengan tuannya jika dijaga dengan sempurna. Mereka akan ingat segala jasa yang tuan buat kepadanya dan akan menjaganya. Namun, tak semua manusia suka akan anjing kerana beranggapan ianya kotor tapi mereka juga ciptaan Allah.
Tapi, tak semua orang bukan anggap ianya kotor tapi cuma takut dengan haiwan berbulu. Seperti Mak Cik ini apabila sedang berkelah, datang pula anjing yang mesra alam bertegur sapa. Tapi mak cik itu laju laju panjat tiang kerana ketakutan.
Pengalaman kelakar ini dikongsikan oleh myraclus_baity di laman media sosial beliau dan menunjukkan keadaan seorang mak cik sedang panjat tiang. Rupanya pada waktu itu, ada seekor anjing besar berada di berdekatan beliau dan mungkin untuk meminta sedikit makanan.
Seperti kita tahu, kawasan berkelah adalah berada di kawan perhutanan kerana di situlah menjadi tempat tumpuan untuk orang-orang berkelah.
Comel pula dilihat anjing itu sambil termenung sahaja beliau melihat mak cik yang panjat tiang itu. Mungkin ia sangat kelaparan dan memerlukan sedikit makanan yang dibawa bekal oleh mak cik tersebut.
Apa yang lebih kelakar adalah tuan video ini pada awalnya hanya untuk merekod video suasana tempat berkelah. Namun, lain pula jadinya apabila melihat mak cik terbabit.
Kesian pula.
@myraclus_baity nk record view sungai sekali ter record ni ๐คญ๐คญ aduhhh x sangka pulak ๐คฃ๐ kejadian nya tadi di sungai congkak.. ๐คญ๐คญ kesian makcik tuu
โฌ suara asli – ๐ฎ๐ฉ๐๐๐ณ๐ฌ๐๐ก๐ก ๐๐ฏ๐๐ง๐ฆ –
@myraclus_baitynk record view sungai sekali ter record ni ๐คญ๐คญ aduhhh x sangka pulak ๐คฃ๐ kejadian nya tadi di sungai congkak.. ๐คญ๐คญ kesian makcik tuu โฌ suara asli – ๐ฎ๐ฉ๐๐๐ณ๐ฌ๐๐ก๐ก ๐๐ฏ๐๐ง๐ฆ
Meninjau di ruangan komen, netizen ramai terhibur dan mencuit hati melihat gelagat mak cik terbabit dan kecomelan anjing. Boleh pula anjing itu duduk diam sahaja sambil merenung kepada mak cik itu.
Semoga mak cik ini ada yang menolong sepanjang kejadian ini berlaku dan dapat turun kebawah menikmati kembali waktu berkelah beliau.
Kredit: myraclus_baity