Susah sebenarnya nak cari pencicah thailand yang betul-betul sedap hingga buat kita tak tidur malam mengenangkannya. Nak lagi sedap apabila, orang Thailand sendiri yang buat pencicah thailand. Baru lah kita dapat lena bila dapat rasa ‘pure’ pencicah thailand.
Jadi, Mazam Zai ini sendiri yang berkongsi resipi pencicah thailand kepada orang ramai supaya netizen dapat buat sahaja di rumah.
Madam Zai Masak Ini Ajar Cara Buat Pencicah Thai, Resipi Tradisi Adik Beradik Beliau & Buat Netizen Terliur Ingin Cuba
Resipi Pencicah Thailand ini dikongsikan oleh madamzai.abdullah di laman media sosial TikTok beliau. Beliau banyak kongsikan kisah hidup beliau di akaunnya untuk sajikan kepada para pengikut beliau.
Bahan-Bahan:
- Akar daun ketumbar
- 6 ulas bawang putih
- 7 biji cili padi merah
- Gula Thailand
- Sos Tiram
- Sos Ikan
- Limau Nipis
- Gula
- Daun Ketumbar (dipotong halus)
- Lesung
Cara Penyediaannya:
- Masukkan akar daun ketumbar ke dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.
- Kemudian masukkan pula bawang putih dan tumbuk juga sehingga ia menjadi lumat.
- Masukkan cili padi merah dan tumbuk hingga lumat.
- Masukkan gula thailand sebanyak 2 sudu besar.
- Kemudian masukkan 1 sudu sos tiram, sos ikan dan perahkan limau nipis ke dalam bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Tambahkan gula jika anda inginkan manis lagi.
- Hiaskan dengan daun ketumbar untuk naikkan bau pencicah thai ini lagi.
Harap Resipi Pencicah Thailand ini dapat membuatkan anda tidur lena malam ini dan boleh makan bersama sosej atau apa sahaja.
Selamat Mencuba!
Kredit: madamzai.abdullah
Baca Juga: Kedai Ikan Bakar Abang Petai Kelantan Jadi Tarikan Ramai, Menu Percubaan Peniaga Ini Bangkit Selera Pelanggan