Siapa yang mengikuti Kieda Crepe, seorang usahawan yang sering tular menjual makanan crepe pasti mengetahui baru-baru ini beliau telah mengadakan jualan di Shah Alam.
Jualan Kieda Crepe di Shah Alam mendapat sambutan yang luar biasa apabila ramai pelanggan yang sanggup menunggu sehingga berjam-jam lamanya untuk mendapatkan Kieda Crepe yang mempunyai pelbagai perisa dan warna.
Terbaharu melalui hantaran TikToknya, dia meluahkan rasa kesal kerana tidak mampu memuaskan hati semua orang apabila ada pelanggan yang bergaduh sesama sendiri ketika ingin membeli Kieda Crepe.
“Saya seorang nak jaga hati beribu manusia memang tak dapat lah. Tapi Kieda cuba buat sehabis baik.
“Team kami 8 orang je Kieda bawa sebab ingan beratur biasa-biasa. Sekali Allah bagi serupa orang nak masuk tengok bola semi final. Allahukabar…”, luahnya di hantaran terbaru.
Dalam masa yang sama, dia juga meluahkan rasa kecewa apabila makanan vendor tidak terjual kerana orang ramai hanya ingin membeli Kieda Crepe sahaja.
“Nak buat yang terbaik nak buat macam mana lagi. Hampa nak beli Kieda Crepe sahaja hamba tak mahu beli makanan vendor.
“Saya dah bawak mai dah produk saya semua tapi semua lawan lawan semua saya jadi sedih sangat…”, katanya sebak di video yang menampakkan Kieda menangis kerana kecewa dengan beberapa situasi.
https://www.tiktok.com/@iekakartika2/video/7237764704846826753?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139338906701907458
@iekakartika2 Teruskan kuat kieda 💪🏻 takpaa kami tengok dalam live ni apa yang jadi .. Jangan nangis2 👉🏻👈🏻 Hampa pon awatt la dok p bergaduh kt situ😒 #kiedacrepeshahalam #kiedatourshahalan ♬ original sound – CALL ME IEKA
Menjengah ruangan komen, ada yang berpendapat bahawa bukan semua orang mampu membeli makanan vendor lain dahulu. Orang ramai inginkan Kieda Crepe kerana itu makanan yang disebut ramai sehingga viral.
Selain itu, orang ramai juga mendoakan Kieda dan team agar terus bersabar untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.
“Moga Kieda dan team diberi kesabaran yang tinggi dalam berniaga. Saya duduk KL teringin nak gi beli tapi fikir malas beratur panjang nanti pi Penang je beli,” komen netizen dengan nama Ikin Syukri mendoakan Kieda sehingga Kieda menangis memperjelaskan situasi di Shah Alam.
“Saya tunggu 5 jam. Tak ada dengan pun Kieda marah orang semalam. Siap cakap baik-caik dekat orang potong queue. Baik betul Kieda semalam banyak tahan sabar…”, tulis netizen lain berkongsi pengalaman.
Semoga Kieda Crepe mengambil pendapat orang ramai yang bagus-bagus supaya akan melonjakkan perniagaannya lagi. Semoga diberi kesabaran dan terus maju ke hadapan.
Sumber: Kieda Crepe
Baca juga: Suami Kongsi Isteri Jepun Cuba Order Starbucks Guna Slang Melayu, Ramai Netizen Terhibur Cakap Comel