Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Suami Kongsi Isteri Jepun Cuba Order Starbucks Guna Slang Melayu, Ramai Netizen Terhibur Cakap Comel

Suami Kongsi Isteri Jepun Cuba Order Starbucks Guna Slang Melayu, Ramai Netizen Terhibur Cakap Comel

Kategori:
isteri Jepun cuba order Starbucks

Perkahwinan lain negara boleh dipanggil sebagai perkahwinan campur atau kahwin campur. Terma perkahwinan campur juga membawa maksud perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa dan warganegara.

Perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan daripada golongan berbeza sama ada berlainan agama atau bangsa ini juga dipanggil ‘Eksogami’ .

Ia patut diraikan kerana membawa kepada pengenalan yang lebih erat tentang budaya masing-masing.

Suami Kongsi Isteri Jepun Cuba Order Starbucks Guna Slang Melayu, Ramai Netizen Terhibur Cakap Comelisteri Jepun cuba order Starbucks

Seperti perkahwinan seorang lelaki Melayu dari Malaysia dengan nama gelaran Faris dan isterinya dari Jepun dengan nama panggilan Iori, ia menarik perhatian netizen kerana kemesraan yang ditunjukkan mereka.

Terbaharu, video Iori, isteri kepada Faris yang berbangsa Jepun memesan Starbucks menggunakan slang bahasa Melayu tular dengan tontonan sebanyak 2.3 juta setakat ini.

Ia menarik minat orang ramai dengan kecomelan Iori memesan latte dengan menampakkan usaha untuk menutur bahasa Melayu dengan baik.

“Hello, saya nak satu ais latte…satu strawberry lemonade…”, pesannya dengan nada comel dengan pelat yang masih kedengaran di video isteri Jepun cuba order Starbucks yang tular.isteri Jepun cuba order Starbucks

Apa yang paling menghiburkan di akhir pesanannya, ucapan ‘terima kasih’ adalah perkataan yang paling yakin disebut. Ditambah pula dengan anggukan kepala bahawa dia berjaya memesan Starbucks dengan bertutur bahasa Melayu.

@annisa_farish_kl

When Japanese wife tried her best to order in Malay🇯🇵 Iori : My Malay not bad😆! Farish : Hahaha ==== Thank you so much @Starbucks Malaysia Ampang DT staff to be patient with my baby bahasa Melayu🥹🤍 #fyp #internationalmarriage #japanxmalaysia #tiktokmalaysia #lifeinmalaysia #jepun #muslimconvert #japanesewife #malayhusband #starbucksmalaysia #マレーシア生活 #クアラルンプール #国際結婚 #ムスリマ

♬ original sound – Japanese x Malay Couple👫🏻 – Japanese x Malay Couple👫🏻

@annisa_farish_kl When Japanese wife tried her best to order in Malay🇯🇵 Iori : My Malay not bad😆! Farish : Hahaha ==== Thank you so much @Starbucks Malaysia Ampang DT staff to be patient with my baby bahasa Melayu🥹🤍 #fyp #internationalmarriage #japanxmalaysia #tiktokmalaysia #lifeinmalaysia #jepun #muslimconvert #japanesewife #malayhusband #starbucksmalaysia #マレーシア生活 #クアラルンプール #国際結婚 #ムスリマ ♬ original sound – Japanese x Malay Couple👫🏻

Melihat ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan isteri Faris yang berbangsa Jepun berkenaan. Selain daripada itu, Starbucks Malaysia juga turut memberikan komen di ruangan komen dengan menulis supaya berjumpa lagi.

“Okay dah boleh start kumpul duit pergi Jepun atau Korea”, tulis netizen dengan nama Aniq di video isteri Jepun cuba order Starbucks.

“Comel sanagat la dengan lesung pipit kecil dia tu,” kata netizen lain bernama Zura Zuraini.

“Dia buat yang terbaik, cute sangat!”, ujar netizen Una.

Dia Buat Yang Terbaik.. Comel Sangat Tengok – Netizenisteri Jepun cuba order Starbucks

Melihat kepada pasangan berkenaan, selain dapat bertukar pengalaman berada di negara masing-masing, perkahwinan mereka juga memberi banyak inspirasi dengan berkongsi budaya yang berbeza.

Raikan perbezaan dan semoga pasangan ini sentiasa bahagia.

Sumber: annisa_farish_kl

Baca juga: Jualan Cecah RM700 Sehari Dengan Hanya Jual Makanan Melalui Vending Machine, Ini Kisah Encik Hermi Penerima Vending Machine IPR

tags: | |