Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Bujang Murah & Senang, Jimat Kos Tak Perlu Fikir Pasal Dompet Nipis

Resipi Bujang Murah & Senang, Jimat Kos Tak Perlu Fikir Pasal Dompet Nipis

Kategori: ,

Bila bujang ni, nak masak pun serba salah sebab hanya makan untuk seorang diri sahaja. Tiap hari beli dan bungkus makan di rumah. Tapi, kalau hari-hari buat begitu boleh nipis dompet.

Ini antara idea resipi yang mudah, ringkas dan jimat kos untuk orang-orang bujang di luar sana. Resipi bujang ini boleh masak di mana sahaja kerana ianya sangat mudah.

Resipi Bujang Murah & Senang, Jimat Kos Tak Perlu Fikir Pasal Dompet Nipis

Resipi Bujang ini dikongsikan oleh Lalaa Farid di laman media sosial TikTok beliau dan beliau banyak kongsikan idea resipi-resipi bujang yang menarik.

Resipi bujang

Bahan-Bahan:

  • 1 biji telur
  • Bawang putih
  • Cili
  • Dada ayam (dicincang)
  • Sos ikan @ sos ikan
  • Sos Tiram
  • Kicap manis
  • Daun selasih

Resipi bujang

Resipi bujang

Cara Penyediaannya:

  1. Gorengkan sebiji telur jadikan sebagai telur mata kerbau. Dah siap, ketepikan.
  2. Kemudian, cincangkan bawang putih dan cili sekali dan tumiskan sehingga naik bau.
  3. Seterusnya masukkan daging cincang atau ayam cincang ke dalam bahan tumisan. Gaulkan dan masak hingga keluar air ayam.
  4. Masukkan sos ikan, sos tiram dan kicap manis. Gaulkan.
  5. Selepas masak sehingga sebati, masukkan daun selasih untuk dijadikan sebagai hiasan.

Resipi bujang Resipi bujang

Bila masih lagi hidup bujang ni, kenalah fikirkan cara untuk potong kos sebelum berkahwin. Nanti bila dah berkahwin, hidup pasangan dan anak-anak kita juga senang jika dah ada simpanan. Jadi, ini adalah salah satu cara untuk potong kos dengan berjimat dalam makan-makan.

Selamat Mencuba!

Kredit: Lalaa Farid

Baca Juga: Hidangan Nasi Bujang Menu Paling Laris Dipesan Pelanggan, Bukti Ramai Sedang Bergelut, Kata Peniaga

tags: | |