Kalau korang pergi ke restoran makanan segera seperti ke KFC misalnya, pasti antara hidangan yang korang akan beli adalah mashed potato ataupun kentang putar.
Tapi sekarang, korang boleh buat sendiri sahaja di rumah. Dengan bahan-bahan yang sangat mudah, sememangnya senang sahaja untuk korang masak.
Yang penting, hasil mashed potato perkongsian Dapurciklyn ini memang best! Jom kita ikuti resipi perkongsian ini.
Wanita Ini Kongsi Buat Mashed Potato Cara Senang, Sos Lain Dari Yang Lain. Korang Kena Try!
Bahan-Bahan (Kentang Putar):
- 8 biji kentang
- 1 kotak kecil susu segar
- sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
- serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara Penyediaan:
- Kentang dikupas kulitnya dan dipotong.
- Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kkurrang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
- Bila kentang sudah empuk, toskan air.
- Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
- Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
- Tuangkan susu sikit demi sedikit. Ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buasa mashed potato rasa berlemak dan gebu. Lenyek sehingga rata.
Bahan-Bahan Sos (Gravy):
- 1 labu bawang besar (dadu)
- 2 ulas bawang putih (dadu)
- 4 sudu butter
- 2 sudu tepung gandum / jagung
- 2 kiub ayam
- sedikit lada hitam dan lada sulah
- 2 1/2 cawan air
Cara Penyediaan:
- Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang dengan menggunakan api sederhana. Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel).
- Masukkan tepung gandum/jagung. Jagung kacau terus ya sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
- Masukkkan air (sedikit demi sedikit sambil kacau) dan kacau sehingga sebati. Kemudian tutup apu dan masukkan ke dalam blender. Blend sampai semua hancur.
- Masukkan semula atas api sederhana.
- Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
- Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.
Haaa dah siap tu bolehlah makan panas-panas. Kalau yang suka versi sejuk, boleh juga letak dalam peti.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat menikmati!
Sumber: Dapurciklyn
Baca juga: “Nak Buat Tak Susah, Yang Jadi Susah Tu Kalau Malas”- Nak Beli Mahal Sangat, Mak Kongsi Resipi Buat Burnt Cheese Cake Paling Senang!