Telur goreng separuh masak atau dipanggil telur gedik memang ramai peminatnya kerana tekstur dan rasa yang cair di mulut.
Jika ingin membuat telur gedik yang sedap, ada caranya yang tersendiri tau. Ada yang cuba membuat telur gedik tetapi tidak menjadi.
Jadi, Daily Makan berkongsi tips yang diberi oleh Laila Mijan bagi membuat telur gedik yang sempurna dengan cair telur kuning yang mengena!
Jom kita tengok langkah dan caranya:
Tips & Teknik Buat Telur Gedik Cara Senang, Rupanya Letak Dalam Senduk Ni Baru Menjadi
- Mula-mula rebus air sampai menggelegak kemudian ambil senduk kemudian rendam sekejap dalam air mendidih tadi.
- Kemudian angkat senduk tadi dan sapu dengan minyak masak.
- Selepas itu pecahkan telur dalam senduk yang disapu minyak tadi.
- Letak senduk berisi telur atas permukaan air yang menggelegak (macam teknik double boiler). Tunggu telur memutih sekitarnya kemudian baru celup senduk sepenuhnya dalam air panas tadi.
- Bila dah putih bahagian atas, bolehlah angkat telur tadi. Tos airnya dan hidang.
Siap dan selamat mencuba! Memang senang kan caranya? Tak perlu risau dah telur korang tak menjadi. Korang boleh ikut tips dan cara ini okay.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para pembaca.
Sumber: Laila Mijan
Baca juga: “Goreng Pagi Tengah Hari Dah Basi..”, Ini Teknik Masak Bihun Goreng Untuk Elak Cepat Basi & Tahan Lama!