Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Terung Daging Gulung Crispy Viral Buat Ramai Kecur Air Liur, Jom Ikuti Perkongsian Hidangan Unik Ini

Resipi Terung Daging Gulung Crispy Viral Buat Ramai Kecur Air Liur, Jom Ikuti Perkongsian Hidangan Unik Ini

Kategori: ,
Terung Daging Gulung Crispy

Sayuran terung adalah antara sayuran yang boleh dimasak dengan cara yang pelbagai. Dimakan dengan cara goreng, celup tepung dan banyak lagi cara masak yang rangup dicuba.

Memang ternyata sedap dan mencari kegemaran ramai, terung dijadikan snek dan hidangan sayuran yang menyelerakan.

Jadi, pada perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi satu resipi Terung Daging Gulung Crispy yang unik dan lain dari yang lain. Ia dikongsi oleh Masak Rumah Lawa dan mendapat perhatian minat ramai.

Resipi Terung Daging Gulung Crispy Viral Buat Ramai Kecur Air Liur, Jom Ikuti Perkongsian Hidangan Unik Ini

Bahan-Bahan:

  • terung
  • daging cincang
  • daun sup
  • garam
  • serbuk perasa
  • cumin
  • kicap cair

Cara Penyediaan:

  1. Campur daging cincang, daun sup, garam, serbuk perasa, cumin, kicap cair, sos tiram, sesudu tepung jagung dan gaul sebati.Terung Daging Gulung Crispy Terung Daging Gulung Crispy Terung Daging Gulung Crispy
  2. Terung tak perlu buang kulit. Hiris halus macam dalam gambar.Terung Daging Gulung Crispy Terung Daging Gulung Crispy
  3. Letakkan daging di atas hirisan terung dan gulungkan seperti gambar di bawah.Terung Daging Gulung Crispy Terung Daging Gulung Crispy
  4. Letak tepung tempura dan air dalam mangkuk dan gaul sebati.
  5. Letak sesudu besar minyak masak. Dengan cara ini baru lah gorengan jadi crispy.
  6. Celup terung dalam bancuhan tempura.
  7. Goreng dalam minyak panas.
  8. Bila dah kekuningan, boleh angkat letak ke tepi.Terung Daging Gulung Crispy
  9. Terung daging gulu crispy dah siap!Terung Daging Gulung Crispy

Yeayyy dah siap terung daging ulung crispy kita. Boleh lah buat hidangan minum petang. Memang lain dan unik kan? Makan krup krap dengan keluarga dan teman memang menyelerakan.

@masakrumahlawa Terung daging gulung yang delicioussss 😮‍💨 #masakdirumah #resepitiktok #resepisimple #foodiemy #resepiniaga #terung #daging ♬ Bagaikan Langit (Remix Version)

Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Masak Rumah Lawa

Baca juga: “Because Sukiya Is 336KM Away From Us” – Influencer Kelantan Ini Kongsi Resipi Sukiya Dipping Sauce, Makan Sampai Kenyang

tags: | |