Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pak Guard Nak Bungkus Makanan Hanya Ada ‘Duit Hijau’, Tindakan Lelaki Ini Sentuh Hati Orang Ramai

Pak Guard Nak Bungkus Makanan Hanya Ada ‘Duit Hijau’, Tindakan Lelaki Ini Sentuh Hati Orang Ramai

Kategori:
pak guard

Bukan semua orang dillahirkan dengan kemewahan harta dunia. Jadi, itulah sebabnya kita harus menolong di antara saatu sama lain tanpa mengira kaum, agama dan juga bangsa.

Kebaikan yang diserbakan oleh seseorang berkemungkinan besar dapat menyelamatkan orang lain yang sedang kelemasan dan bergelut dengan hidup.

Pak Guard Nak Bungkus Makanan Hanya Ada ‘Duit Hijau’, Tindakan Lelaki Ini Sentuh Hati Orang Ramai

Seperti sebuah kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki melalu laman TikToknya, dia berkongsi kisah terjumpa seorang pengawal keselamatan (pak guard) yang ingin membeli makanan untuk makan malam.

“Ternampak guard ni ada RM5 je, makan apa je RM5? Nasi dan kuah je?”, soalnya semasa berada di sebuah restoran.pak guard

Ini kerana, bukan semua premis makanan menawarkan menu rahmah yang dijual pada harga serendah RM5 atas faktor-faktor tertentu.

Menerusi video berdurasi 58 saat itu, pemuda yang lebih dikenalli sebagai Bang Jad itu merasakan pak guard dipercayai warga Nepal harus dibantu.

“Betul-betul RM5 je ada. Jadi Bang Jad terus gerak hati nak tolong guard ni.

“Saya belanja, kamu ambil je nasi putih, ayam kamu ambil. Tak apa, saya belanja. Kaamu simpan je duit,” katanya.

Kelihatan pengawal keselamatan itu melipat wang kertas RM5 menggunakan kedua-dua tangannya seperti bimbang tercicir, mungkin kerana itulah satu-satunya wang belanja yang diperuntukkan pada hari berkenaan.

Kemurahan hati Bang Jadi memberi peluang kepada pengawal keselamatan itu untuk menikmati hidangan makan malam yang lebih enak berlaukkan ayam.

“Sejuk hati dapat nasi ayam lauk campur. Gembiranya muka dia. pak guard

“Harap pertolongan Bang Jad dapat kenyangkkan perut guard untuk malam ni”, katanya dengan video tersebut menunjukkan pengawal keselamatan itu melambaian tangan sebelum beredar keluar dari restoran. pak guard

Rata-rata netizen terharu dengan bantuan pemuda itu kerana menyedari pengawal keselamatan itu mencari rezeki di Malaysia demi meneruskan kelangsungan hidup dan menyara keluarga di kampung halamannya.

“Hidup ini memang keras. Kadang nampak macam ni terus je tak lalu nak makan sedap.

“Sedekkah tak perlu tunggu kaya. Mantap!”.

Semoga kita semua sentiasa menyebarkan kebaikan walau di mana kita berada.

Sumber: Bang Jad

Baca juga: “25 Tahun Hidup Baru Tahu” – Wanita Ini Terkejut ‘Life Hack’ Budak Lelaki Makan Mi Segera Guna Plastik Penutup Sahaja Sebagai Sudu

tags: |