Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kedai Kopi Dalam Gua Beri Tarikan Baru Untuk Pengunjung, Pengalaman Menakjubkan Sambil Nikmati Alam Semulajadi

Kedai Kopi Dalam Gua Beri Tarikan Baru Untuk Pengunjung, Pengalaman Menakjubkan Sambil Nikmati Alam Semulajadi

Kategori: ,
kopi dalam gua

Biasanya, kopi-kopi dihidangkan di dalam kafe-kafe yang berhawa dingin dan di tepi jalanan yang selalu kita beli. Tetapi lain pula dengan sebuah operasi perniagaan di Perlis yang menggunakan konsep kedai kopi dalam gua. Korang boleh mengopi di sana!

Kedai Kopi Dalam Gua Beri Tarikan Baru Untuk Pengunjung, Pengalaman Menakjubkan Sambil Nikmati Alam Semulajadikopi dalam gua

Pelancong ke Perlis kini berpeluang menikmati kopi dalam gua yang terletak di Bukit Tau, Padang Lati Padang Besar. Ia menjadi antara tarikan baharu buat orang ramai yang berkunjung ke negeri ini. Terdapat beberapa jenis kopi ditawarkan kepada pengunjung di sini harga bermula dari harga serendah RM5 hingga RM8.kopi dalam gua

Menariknya, selain dapat menikmati kopi, pengujung juga dan ‘release tension’ dengan suasana dingin di dalam gua berkenaan.

 Meninjau reaksi orang ramai yang sudah menikmati kopi di sana, mereka sangat berpuas hati dengan pengalaman mereka di sana. 

Seperti kata seorang pengunjung bernama Fizinhamlam di Twotter, dia menyatakan nikmat mengopi di dalam gua itu bukan semua negeri ada dan itu adalah hal yang hebat.

“Kedia kopi gua pula Perlis ni. Nikmat apa lagi yang dustakan”, ciapnya melalui akaun Twitternya. kopi dalam gua

Selain daripaada mengopi dan menikmati alam, pengujung juga boleh merasai pengalaman menaik ATV untuk meneroka tempat di sana. Sesiapa yang suka ‘adventurous’ itu, bolehlah cuba.

Jadi bagi korang yang ingin berkunjung ke sana dan bersantai sambil menikmati kopi dalam gua boleh ke:

Lokasi: Bukit Tau, Padang Lati Padang Besar

Terbuktilah, Malaysia sememangnya banyak dengan ‘hidden gems’ yang memukau dan hebat. Jadi, bersama-sama juga menjaga alam kita untuk kesejahteraan bersaama.

Bagi korang yang mahu pergi, selamat ke sana dan menikmati!

Sumber gambar: cikspeul / fizinhamlan / Dlizzz98

tags: | |