Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Nice-Cream Pisang Yogurt, Nak Tukar Buah Lain Pun Boleh

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Nice-Cream Pisang Yogurt, Nak Tukar Buah Lain Pun Boleh

Kategori: ,
Nice-Cream

Bagi penggemar ais krim, pasti tak saah kalau tiada ais krim di dalam peti rumah kan? Mesti akan tambah stok jika berkurang.

Tambah lagi musim panas sekarang ni membuatkan kita nak makan ais krim untuk segarkan tekak yang kering. Balik kerja makan ais krim memang best.

Jadi untuk perkongsian kali ini, kami inggin kongsikan cara buat Nice-Cream Pisang Yogurt yang sedap dan berkrim rasanya. Jom lihat perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid ini. Beliau letak nama Nice-Cream sebab ais krim homemade ni memamg nice dan sedap!

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Nice-Cream Pisang Yogurt, Nak Tukar Buah Lain Pun Boleh

Bahan-Bahan:

  • 10 biji pisang yang sudah dibekukan
  • 1 cawan yogurt perisa aasli
  • jem anggur / perisa kegemaran anda
  • coklat / sos karamel
  • 1/2 cawan susu sejat – boleh guna krim putar untuk hasil yang lebih gebu/kembang (light & fluffy).
  • air batu / air betul-betul sejuk
  • cip coklat miniNice-Cream

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan kecuali jem. Nice-Cream
  2. Jika anda guna blender dapur biasa seperti saya, memang akan ambil masa sedkit berbanding blender tahan lasak seperti di kedai-kedai minuman kisar.
  3. Selepas itu, letak jem dalam plastik atau beg ising. Nice-Cream
  4. Untuk Nice-Cream yang lebih keras, letak adunan pisang-susu-yogurt dalam bekas. Nice-Cream
  5. Letakkan jem seperti gambar di bawah. Nice-Cream
  6. Tabur cip coklat mini. Nice-Cream
  7. Tambah adunan pisang dan kacau bentuk lapan (swirl). Nice-Cream
  8. Tambah jem dan cip coklat lagi lalu bekukan. Nice-Cream
  9. Untuk hidangan lembut (soft serve) boleh terus masukkan dalam bekas dan tambah hiasan biskut gulung. Nice-Cream
  10. Siap dihidang! Nice-Cream

Memang sedap makan panas-panas. Nak bekukan pun lagi ngam! Buat stok dalam peti pun boleh. Nice-Cream yang fresh dan sihat.

Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid 

Baca juga: Peniaga Kongsi Resipi Buat Coney Dog Ala A&W, Pernah Dapat Hasil Jualan Sampai RM14K Dengan Hanya Jual Depan Rumah!

tags: | |