Dalam berniaga, pelbagai onak duri dan ranjau berliku yang patut ditempuh. Tidak terkecuali dengan seorang peniaga crepe terkenal yang ditimpa musibah baru-baru ini.
Siapa yang tidak mengenali usahawan muda, Kieda Crepe yang mencipta fenomena sebagai penjual crepe berjaya. Di sebalik kejayaannya, ada peristiwa yang menguatkan dia untuk melonjak dengan lebih tinggi dan berjaya.
Baru-baru ini, perniagaannya diuji dengan kerugian yang hampir mencecah RM10,000 akibat banyak crepe yang hendak dijual telah cair dan rosak.
Menurutnya, crepe yang rosak tersebut berlaku akibat ‘chiller’ yang rosak dengan tiba-tiba. Ekoran itu, banyak crepe yang cair dan tidak dapat diselamatkan.
“Rezeki kita berbeza. Kita bersyukur, Allah tambah Alhamdulillah. Ujian hari ini Kieda rugi crepe rosak sebab chiller tiba-tiba tak sejuk.
“Total kerugian Kieda, RM9404..”, tulisnya di dalam keterangan video yang dimuatnaik di laman TikTok berkenaan tentang Kieda Crepe rugi hampir RM10K.
Dia juga meluahkan rasa sedih apabila terpaksa membuang kesemua crepe yang rosak demi menjaga kualiti makanan yang dijualnya.
“Sedih tengok makanan kena buang macam ni. Letih buat pakai tenaga semua,” luahnya lagi.
https://www.tiktok.com/@kiedacrepe/video/7255688805833886977?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@kiedacrepe Sedih tengok makanan kena buang macam ni . Letih buat pakai tenaga semua 😭 #kiedacrepe #kiedacrepetour #hqkiedacrepe_penang ♬ Syi’ir Tawasul Al-Rifa’ie – Al-Rifa’ie Satu
Orang ramai yang juga merupakan penyokong Kieda Crepe membuat andaian dan memberi pendapat masing-masing tentang kejadian itu.
Ada yang berkata ini mungkin terkena buatan orang dan hal itu tidak boleh diambil ringan dan remeh. Mestilah harus berjaga-jaga.
“Tak tau lah habaq (cakap) ni percaya ke tidak. Dok rasa terkena ‘ain’ antara orang tengok dengan dengki atau takjub sangat. Apapun semoga tabah atas ujian”, kata seorang netizen dan pendapatnya mendapat reaksi ramai.
Selain itu, ada juga yang berpendapat ini hanyalah ujian kerana Tuhan mahu memberi ganjaran yang lebih besar. Mungkin ingin mengajar Kieda untuk terus bersabar dan percaya tentang rezeki yang diaturkan Tuhan.
“Selalu tengok orang-orang niaga ni ditimpa ujian kerugian yang besar. Lepas tu Allah gantikan dengan keuntungan yang lebih besar”, kata netizen bernama Ahmoy Santos berkenaan isu Kieda Crepe rugi hampir RM10K.
Sementara itu, ada juga pengikut Kieda yang memberi cadangan untuk masalah yang berlaku bagi langkah berjaga-jaga.
Semoga Kieda sentiasa melonjak jauh dalam pernigaannya dan mengambil segala nasihat sebagai batu asas untuk tumbuh dengan tinggi.
Sumber: Kieda Crepe