Bila tetamu nak datang rumah, kita tak tahu nak hidangkan apa sebagai pencuci mulut sebagai hidangan sampingan. Dah hilang idea, tapi inilah masanya untuk serlahkan kemahiran membuat kek dengan cara mudah.
Ini resipi anti gagal iaitu Resipi Kek Pisang Coklat Chip yang boleh dibuat di rumah sahaja. Paling mudah dan senang untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.
Resipi Anti Gagal Untuk Bahan Pencuci Mulut, Resipi Kek Pisang Coklat Chip Yang Mudah Sahaja Untuk Diikuti & Dibuat
Resipi Kek Pisang Coklat Chip ini dikongsikan oleh Sue Shuhaa di laman media sosial beliau di TikTok. Beliau banyak kongsikan resipi-resipi yang menarik dan semua orang boleh ikutinya.
Bahan-Bahan:
- Pisang berangan 5-7 biji (dilenyekkan)
- 3 biji telur
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan minyak
- 1 sudu ekstrak vanilla
- 1 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu baking soda
- 1/2 sudu baking powder
- Coklat coin atau chip
Cara Penyediaannya:
- Kesemua pisang yang diperlukan perlu dilenyekkan.
- Masukkan telur, gula perang, minyak dan ekstrak vanilla ke dalam blender. Kisarkan. Campurkan bersama pisang yang telah dilenyekkan. Kacau sebati.
- Di dalam bekas yang lain, masukkan tepung jagung, baking soda dan baking powder. Gaulkan sehingga sebati.
- Masukkan coklat coin atau chip ke dalam adunan. Kacau sebati.
- Masukkan ke dalam loyang 8×8 dan hiasan bersama hirisan pisang dan coklat coin atau chip.
- Bakar pada suhu 170 celcius dalam masa 40-50 minit. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
Resipi anti gagal ini, resipi Kek Pisang Coklat ini mudah sahaja kan nak dibuat?
Selamat Mencuba!
Kredit: Sue Shuhaa
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Kek Pisang Moist Yang Cair Dalam Mulut, Bertahun Cipta Resipi Ini Akhirnya Berjaya!