Kek Pisang merupakan kek yang disukai ramai kerana rasanya yang sedap dan tekstur gebunya yang selalu menjadi pilihan hidangan kepada tetamu yang datang ke rumah.
Selain Kek Pisang biasa, jom kita ikuti resipi Kek Pisang Moist yang lain dari yang lain ini. Perkongsian dari Noratiqah Nordin ini mendapat perhatian apabila dia berkongsi resipi Kek Pisang yang dicubanya selama bertahun-tahun, barulah dapat rasa dan tekstur yang ngam ini!
Wanita Ini Kongsi Kek Pisang Moist Yang Cair Dalam Mulut, Bertahun Cipta Resipi Ini Akhirnya Berjaya!
Bahan-Bahan:
- 1 cawan minyak
- 1 cawan gula kastard
- 4 biji telur
- 7 biji pisang emas
- 1 setengah cawan tepung gandum
- 1 sudu keccil serbuk penaik
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 cawan coklat chip
Cara Penyediaan:
- Masukkkan telur, gula, minyak, pisang dan blend hingga hancur semuanya.
- Pada bekas lain, maasukkan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik dan masukkan bahan yang kita blend tadi.
- Masukkan coklat chip. Gaul sehinga tepung sekata.
- Boleh lah letak pada loyang. Dan hias la macam mana yang korang nak.
- Boleh bakar pada suhu 150 selama 45 minit. Ikut oven masing-masing juga ya.
- Nak tahu dah masak, bolehlah cucuk dengana garfu.
Taraaaa dah siap Kek Pisang Moist yang best ni. Memang cair dalam mulut lah rasa dia. Korang kena try tau!
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Noratiqah Nordin
Baca juga: Resipi Kuih Koci Moden Buat Pemanis Mulut Yang Enak & Unik, Ini Cara Buat Paling Mudah