Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Idea Potluck Untuk Jamuan Anak-Anak, Tak Perlu Sakit Kepala Nak Fikir Susah-Susah! Guna Keropok Sayur Sahaja.

Idea Potluck Untuk Jamuan Anak-Anak, Tak Perlu Sakit Kepala Nak Fikir Susah-Susah! Guna Keropok Sayur Sahaja.

Kategori:

Jamuan anak-anak adalah antara salah satu yang menjadi tekanan untuk ibu bapa kerana mereka juga ketandusan idea. Takut pula bila masak macam-macam, rakan anak-anak mereka tidak mahu makan dan dah jadi membazir pula duit dan masa.

Jadi, ini adalah salah satu idea potluck yang paling mudah untuk jamuan anak-anak anda dengan hanya menggunakan keropok sayur dan bekas kecil sahaja.

Idea Potluck Untuk Jamuan Anak-Anak, Tak Perlu Sakit Kepala Nak Fikir Susah-Susah! Guna Keropok Sayur Sahaja.

Idea potluck ini dikongsikan oleh elfyzero di laman media sosialnya di TikTok. Kongsian beliau ini dimuat naik semasa Hari Raya Aidilftri lagi. Namun, idea terbabit boleh dijadikan untuk apa-apa jamuan dan ianya murah dan jimat.

Beliau gunakan bekas plastik yang kecil dan lukiskan corak kartun di atas plastik itu.

idea potluck

Selepas itu, beliau goreng keropok sayur sebanyak yang mungkin. Letakkan di dalam bekas plastik kecil itu dan sedia untuk diberikan kepada majlis potluck.

idea potluck

Menarik bukan idea potluck ini? Tak perlu fikir banyak keluar modal dan boleh jimatkan masa anda.

@elfyzeros Potluck hari raya untuk sekolah anak. Mudah dan budak² pun suka #inspirasisyawal #inspirasisyawal2023 #potluckraya #potlucksekolah #resepimudah #doorgift #giftbirthday ♬ original sound – E L F Y zeroz

Kreatif Maknya, Bagus

Meninjau di ruangan komen, netizen memberi pujian kepada beliau kerana mempunyai idea potluck yang sangat menarik dan dapat membantu mereka.

idea potluck idea potluck idea potluck idea potluck

Bolehlah anda mengikuti idea potluck ini, mesti rakan-rakan anak anda akan habiskan dan boleh dibawa pulang ke rumah mereka.

Selamat mencuba!

Kredit: elfyzero

Baca Juga: Tak Tau Nak Bawa Apa Untuk Potluck? Jom Cuba Buat Sandwich Inti Tebal Yang Ringkas Tapi Sedap

tags: | |