Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Tak Tau Nak Bawa Apa Untuk Potluck? Jom Cuba Buat Sandwich Inti Tebal Yang Ringkas Tapi Sedap

Si Bunga by Si Bunga
Mei 26, 2022
in Masak Apa Hari Ini?
3 min read
0 0
0
Tak Tau Nak Bawa Apa Untuk Potluck? Jom Cuba Buat Sandwich Inti Tebal Yang Ringkas Tapi Sedap
0
SHARES
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan berbaki beberapa hari lagi untuk menyambut Syawal, pasti ramai yang ambil kesempatan untuk adakan potluck atau sambutan Hari Raya saat akhir dengan rakan dan keluarga.

BacaJuga

FRUITS SANDO

Ini Resepi Fruits Sando Yang Gebu & Comel, Lebih Sedap Dari Family Mart Punya

Jun 23, 2022
191
Cara Buat Sandwich Homemade Sedap, Rupa Macam Sandwich Hotel. Jom Cuba Sekarang!

Cara Buat Sandwich Homemade Sedap, Rupa Macam Sandwich Hotel. Jom Cuba Sekarang!

Mac 27, 2022
25

Kalau dah ramai yang volunteer bawa makanan berat untuk potluck, apa kata anda buat sandwich inti tebal yang lazat?

Sedap tapi ringkas, pasti ramai penggemar sandwich ni tak kira muda atau tua. Dah alang-alang buat, mesti kita nak hidangkan yang terbaik, kan?

Anda sendiri pun pasti puas bila rasa sendiri sandwich dengan isi yang penuh dan seimbang dengan sayur dan protein.

Jom kita lihat resepi sandwich inti tebal dan mengenyangkan yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di Masak Apa Hari Ni!

Resepi Sandwich Inti Tebal Yang Lazat dan Mengenyangkan

Bahan-bahan :

  • 4 keping roti wholemeal bread
  • 2 keping lof daging ayam
  • 6 hirisan timun jepun (selepas hiris, lap supaya tak berair)
  • Lada hitam
  • 6 hirisan lobak merah
  • 2 helai daun salad (basuh dan keringkan)
  • 1 keping keju
  • Sos bijan panggang

Cara-Cara :

  1. Panggang sekejap roti di atas kuali untuk mendapatkan permukaan yang rangup. Sapukan sedikit marjerin pada setiap kepingan roti.
  2. Kemudian letak helaian daun saladSandwich Inti Tebal
  3. Letakkan satu keping lof daging ayam. (goreng dulu lof daging ayam atas kuali sehingga masak)Sandwich Inti Tebal
  4. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.
  5. Letakkan satu kepingan keju.Sandwich Inti Tebal
  6. Letakkan lobak merah yang sudah digaul dengan 1 sudu besar mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.Sandwich Inti Tebal
  7. Susun hirisan timun jepun.
  8. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.Sandwich Inti Tebal
  9. Letak sedikit sos bijan panggang.Sandwich Inti Tebal
  10. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).Sandwich Inti Tebal
  11. Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sadnwich yang cantik.Sandwich Inti Tebal

Mudah saja nak buat sandwich ni rupanya. Rasa setaraf macam sandwich dekat hotel tau! Kalau mak-mak nak buat sandwich ni untuk potluck atau bekal anak-anak ke sekolah pun boleh. Kanak-kanak pun pasti suka. Berkhasiat dan mengenyangkan, jom cuba resepi ni!

Sumber : Zurina Zulkefli via Masak Apa Hari Ni

0/5 (0 Reviews)
Download WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
Download WordPress Themes Free
Premium WordPress Themes Download
udemy course download free
download mobile firmware
Tags: resepi sandwichsandwich
ShareTweetSend

Related Posts

AYAM MASAK STIM VERSI PALING SENANG
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Ayam Masak Stim Versi Paling Senang, Tak Perlu Guna Minyak Pun. Serius Jimat!

Julai 2, 2022
10
KEK KELADI
Masak Apa Hari Ini?

Kek Keladi Sering Menjadi Pilihan Ramai Untuk Jamuan, Ini Resepinya Yang Korang Boleh Cuba

Julai 2, 2022
30
sambal daging cili merah
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Sambal Daging Cili Merah, Khas Untuk Penggemar Makanan Pedas!

Jun 30, 2022
70
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist