Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Ikan Kering Paling Menjadi, Tak Sangka Lebih Sedap Dari Goreng Biasa

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Ikan Kering Paling Menjadi, Tak Sangka Lebih Sedap Dari Goreng Biasa

Kategori: ,,
Sambal Ikan Kering

Biasanya kita hanya masak ikan kering dengan cara goreng kan? Makan dengan nasi sahaja pun dah sedap. Tapi pernahkan korang mencuba ikan kering yang dimasak secara sambal?

Sememangnya sedap dan lagi menyengat rasanya. Seperti perkongsian Zizah Mizie ini berkenaan resipi Sambal Ikan Kering yang dimasak menggunakan Ikan Pari Kering memang mengirukan perut yang sedang lapar.

Kuah yang pekat menyaluti ikan kering ini sememangnya masakan yang patut korang cuba. Jom cuba resipi Sambal Ikan Kering di bawah ini.

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Ikan Kering Paling Menjadi, Tak Sangka Lebih Sedap Dari Goreng Biasa

Bahan-Bahan:

  • ikan pariSambal Ikan Kering
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 1 ulas bawang putih – hiris
  • 5 sudu makan cili kering kisar
  • garam dan perasa secukupnya
  • minyak masak secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Potong kecil ikan pari, basuh dan toskan airnya.Sambal Ikan Kering
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan pari kering tadi guna api yang kuat. Bila sudah garing, angkat dan toskan minyaknya.
  3. Kurangkan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris.
  4. Bila sudah naik bau, masukkan cili kisar.
  5. Masukkan garam dengan secukupnya mengikut tahap kemanisan ikan pari kering korang.
  6. Masukkan juga perisa dan tumis sambal hingga garing.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan pari kering yang telah digoreng tadi. Kacau hingga sebati dan sempurna perisanya.
  8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.Sambal Ikan Kering

Wah! Siap sudah Sambal Ikan Kering menggunakan Ikan Pari ini. Memang rangup dan rasanya sedap. Makan dengan nasi panas-panas lagilah mengancam. Ada lauk ini sahaja pun dah boleh jalan.

Sumber: Zizah Mizie

Baca juga: Ini Cara Betul Simpan Susu Cair & Pekat Bagi Tahan Lama, Barulah Tekstur Sentiasa Fresh & Sedap

tags: | |