Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nak Rasa Tertampar Dengan Kepedasan Ramen Samyang? Ini Dia Resipi Inovasi Baru, Resipi Cili Padi Cheesy Ramen, Anda Akan Terduduk Dengan Kepedasan!

Nak Rasa Tertampar Dengan Kepedasan Ramen Samyang? Ini Dia Resipi Inovasi Baru, Resipi Cili Padi Cheesy Ramen, Anda Akan Terduduk Dengan Kepedasan!

Kategori: ,

Pelbagai inovasi resipi ramen yang dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk dijadikan lagi sedap dan semestinyalah cheese yang menjadi bahan utama. Ramen samyang ini sangat popular di Malaysia tapi sangat bahaya kalau dimakan selalu.

Resipi Cili Padi Cheesy Ramen ini antara salah satu resipi ramen yang sangat padu yang buat anda tertampar kerana pedas.

Nak Rasa Tertampar Dengan Kepedasan Ramen Samyang? Ini Dia Resipi Inovasi Baru Iaitu Resipi Cili Padi Cheesy Ramen, Anda Akan Terduduk Dengan Kepedasan!

Resipi Cili Padi Cheesy Ramen ini dikongsikan oleh mrafiqrahim93 di laman media sosial beliau di TikTok. Beliau merupakan seorang influencer yang popular dan banyak resipi yang dikongsikan oleh beliau.

Cili Padi Cheesy Ramen

Bahan-Bahan:

  • Cili padi
  • Sosej
  • Ramen samyang
  • Susu segar full cream (HL)
  • Cheese slice
  • Olive oil

Cili Padi Cheesy RamenCili Padi Cheesy RamenCili Padi Cheesy Ramen

Cara Penyediaannya:

  1. Rebuskan ramen (1paket) sehingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Tuangkan olive oil, masukkan 2 batang sosej yang telah dipotong nipis. Gaulkan.
  3. Kemudian, tuangkan 1 cawan susu full cream dan gaulkan.
  4. Selepas itu, Masukkan ramen bersama sos perencah ramen dan gaulkan sehingga masak.
  5. Masukkan cili padi yang dipotong dan kacau.
  6. Letakkan 2 keping cheese dan tutup dengan penutup kuali dan biarkan masak sekejap.
  7. Selepas masak, angkat penutup dan gaul hingga rata.

Cili Padi Cheesy Ramen Cili Padi Cheesy Ramen

@mrafiqrahim93

Share with me?🍜 #fyp #foryou #FoodFestOnTikTok #MakanLokal #foryoupage #TikTokChef #tiktokfood #viral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #tiktokmy #recipesoftiktok • 🍽Resipi: 1. Rebuskan ramen (1 pek) sehingga masak. Angkat & toskan. 2.Tuangkan olive oil, masukkan sosej (2) yang dipotong nipis. Stir try sekejap. 3.Tuangkan susu (1 cawan) & gaul. 4.Masukkan ramen bersama sos perencah ramen (1 paket). Gaul & biarkan masak. 5.Masukkan cili padi potong. Gaul. 6.Letakkan cheese (2 keping). Tutup dengan penutup kuali, biarkan masak sekejap. 7.Angkat penutup, gaul rata. 8.Jeng, Jeng, Jeng…It’s Done!

♬ original sound – Afiq Rahim – Afiq Rahim

@mrafiqrahim93 Share with me?🍜 #fyp #foryou #FoodFestOnTikTok #MakanLokal #foryoupage #TikTokChef #tiktokfood #viral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #tiktokmy #recipesoftiktok ♬ original sound – Afiq Rahim

Cili Padi Cheesy Ramen ini sangat sedap dimakan semasa panas-panas unutk menikmati kepedasannya. Rugi kalau tak cuba di rumah!

Selamat Mencuba!

Kredit: mrafiqrahim93

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Masak Ramen Samyang Versi Universiti, Mudahkan Para Pelajar Masak Di Kolej & Rumah Sewa

tags: | |