Bila dah duduk di universiti, kita kalau boleh sedaya upaya untuk mencuba berjimat. Kerana, waktu itulah kita akan belajar untuk berjimat dan yang mana boleh potong kos, mesti potong kos! Tiba, jika kalau terlampau ‘craving’, makan sahaja kerana hidup ini cuma sekali.
Ini adalah salah satu resipi Ramen Samyang versi Universiti di mana para belajar boleh makan sahaja di kediaman kolej mereka.
Wanita Ini Kongsi Cara Masak Ramen Samyang Versi Universiti, Mudahkan Para Pelajar Masak Di Kolej & Rumah Sewa
Resipi Ramen Samyang Versi Universiti dikongsikan oleh mollymolina di laman media sosialnya di TikTok. Beliau menggunakan periuk yang selalu pelajar univerisiti guna di kolej mereka. Tidak pasti jika ada kolej yang melarang mereka untuk menggunakan periuk ini dan risau di rampas oleh pihak kolej.
Bahan-Bahan:
- Air segelas
- Ramen Samyang (1 paket)
- Minyak
- Sosej
- Telur (sebiji)
Cara Penyediaannya:
- Masukkan satu gelas air masak ke dalam periuk dan rebuskan ramen samyang. Bila selesai, toskan.
- Kemudian, masukkan minyak untuk menggoreng. Masukkan potongan sosej dan goreng.
- Di dalam periuk yang sama juga, gorengkan sekali telur dan gaulkan secara hancur.
- Selepas selesai menggoreng, ambil kembali ramen yang direbus dan letakkan perencah samyang di atasnya.
- Kemudian letakkan bahan-bahan yang digoreng bersama ramen samyang itu.
Resipi Ramen Samyang Versi Universiti paling mudah, simple, cepat dan senang! Kegemaran para pelajar universiti, kerana mungkin makanan berasaskan maggi inilah makanan kegemaran mereka.
Selamat Mencuba!
Kredit: mollymolina