Penghantaran makanan yang dipesan melalui atas talian menjadi antara cara yang popular untuk orang ramai membeli makanan. Mungkin atas faktor kesibukan dan masa yang terhad, orang ramai lebih berminat menggunakan perkhidmatan itu daripada memasak.
Ada pelbagai kisah yang terjadi apabila kita berurusan dengan rider Foodpanda. Kadang-kadang ia memang di luar jangkaan.
Seperti kisah yang terjadi kepada seorang perempuan yang berkongsi pengalamannya berurusan dengan seorang abang Foodpanda, kisahnya tular di laman TikTok kerana ramai yang teruja.
Rupa-rupanya, abang Foodpanda telah memberi ‘surprise’ kepada wanita yang dikenali dengan nama Nurin tersebut apabila menghadiahkan coklat KitKat apabila Nurin mengadu lapar.
“Abang cepat sikit, mata saya dah tak ada sinar harapan untuk terus terbuka. Esok saya exam, kalau saya lapar nanti macam mana. Saya nak jawab exam bang,” kata Nurin dalam perbualan atas talian bersama Abang Foodpanda.
Perbualan itu diteruskan dengan balas daripada rider Foodpanda untuk dia memakan KitKat supaya lebih ‘okay’.
Kebaikan yang diberikan itu mendapat banyak ‘respond’ daripada netizen yang membacanya. Ada yang kagum dengan kebaikan spontan rider Foodpanda dan ada yang cemburu kerana mereka tidak pernah mendapat layanan yang sebegitu.
“Asal Foodpanda aku ‘im on my way’ je, takda pun nak belikan aku KitKat..”, kata netizen dengan nama Syfqhz.
“Macam tu lah mama kenal papa kamu, dia bagi mama KitKat, dia belanja KitKat je lah tapi”, usik seorang lagi netizen di ruangan komen tersebut.
“Mungkin abang tu suka sebar kebaikan..”, kata rata-rata netizen.
Nampak benda tu seperti hal yang kecil kan, tetapi ia sangat bermakna kepada si penerima kerana membuatkan harinya menjadi lebih baik. Semoga segala kebaikan kecil berkenaan tersebar luas.
Sumber: Hmairrya
Baca juga: “Dah Tulis Besar-Besar..”, Pelanggan Kesal Minta Taknak Sayap Ayam, Tapi Dapat Juga, Mujurlah..